Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Faida February 15, 2018 @ 7:10am

ANAK MERAUNG DUDUK DALAM CAR SEAT? BACA INI…

Sebelum: Ala, nak pergi kedai depan ni je pun. Takkan nak duduk dalam car seat, relax lah… 

Selepas: Kalaulah aku letak anak aku dalam car seat dulu, tentu dia masih ada dengan aku sekarang.

Para ibu-bapa sekalian, tak kisah lah dekat ataupun jauh destinasi kamu, sila utamakan keselamatan anak kecil anda! Jangan disebabkan kelalaian sedetik kamu, seumur hidup kamu dihantui sesalan. Beringat sebelum kena!

Menerusi laman Twitter @_CaptainFarrel_, wanita bernama Farah Zahri menceritakan kejadian yang menimpa anak saudaranya. Kanak-kanak lelaki itu mengalami pendarahan di muka akibat tidak duduk di car seat. Aduhai, kesian melihatnya.

“ Korang yang ada anak buah ke anak so whatever, letak dorang dalam car seat. Nanti jadi macam my nephew sebab emergency break je,” tulis Farah.

Penggunaan car seat mampu menyelamatkan nyawa bayi yang duduk dalam sesebuah kenderaan. Seriau mendengar kes melibatkan bayi tercampak keluar daripada kenderaan apabila terlibat dalam kemalangan. Beringatlah, penggunaan car seat mampu menyelamatkan nyawa anak anda!

Sekadar perkongsian, bayi mempunyai kepala yang besar dan leher yang agak lemah. Jadi ketika berlaku perlanggaran kepala bayi boleh terhentak ke depan secara tiba-tiba dan dengan kuat yang mana akan mengakibatkan kecederaan pada tulang belakang bayi.

Pastikan anak anda duduk menghadap belakang kenderaan seberapa lama yang boleh sambil menghadap belakang kenderaan sehingga berumur 2 tahun atau sehingga mencapai had maksimum ketinggian dan berat badan car seat tersebut. Tunggu apa lagi? Dapatkan car seat untuk si comel anda sebelum balik ke kampung halaman hari ini.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 18 Feb 2021

Shuk Sahar Didapati Bersalah, Kontrak Bersama Hot FM Akhirnya Ditamatkan

Nampaknya ramai netizen bersetuju Shuk diberhentikan….

Featured Thu, 15 Sep 2022
Trending Mon, 27 Jul 2020

Hanya 20 Orang Dibenarkan Untuk Ibadah Sembelih Korban

Buat mereka yang bakal menjalani aktiviti ibadah korban minggu depan..

Trending Fri, 8 Jan 2021
Featured Sat, 16 Jul 2022

[VIDEO] “Terima Kasih Jual Inai Murah..” – Netizen Dakwa Komen Nur Fazura Perli Seseorang, Che Ta Tampil Bersuara!

Alamak apa kes ni? Fazura perli siapa? Kesian Faz teruk dikecam 🥲 Niat dia baik, tapi ramai yang salah sangka 😢 Apapun, Che Ta memang sempoi 🫰🏻

Featured Fri, 12 Jul 2024

Gagal Lunas Pinjaman, Jovian Mandagie Diarah Bayar RM10 Juta

Fuh, bagi pinjaman juta-juta guna lisan je san tanpa black & white 👀

error: Content is protected !!