Euforia Bola 2026
Hiburan By: Del14 November 5, 2019 @ 12:23pm

“Bukan Demand Tapi…” -Faizal Hussein Harap Kemenangan Buka Mata…

Pelakon Faizal Hussein berkongsi pesanan yang pernah dititip oleh seniwati Allahyarhamah Azean Irdawaty dalam menghidupkan sesebuah watak.

Faizal ketika ditemui sejurus pengumuman Pelakon  Lelaki Terbaik Drama Anugerah Skrin (ASK) 2019 memberitahu tips itu diguna pakai yang membantunya untuk terus ‘hidup’ di dalam industri lakonan hari ini.

“Kalau nak menang, sebelum tiap-tiap ‘shot’ tu kita kena bayangkan kita berlakon untuk kemenangan.  Alhamdullillah, sama juga semasa melakonkan watak saya dalam filem ‘Bunohan’ di mana saya memenangi Pelakon Lelaki Terbaik FFM ke-25, saya lalui proses yang sama. 

“Itulah tips berharga yang saya peroleh dari Allahyarhamah Seniwati Azean Irdawaty,” ujar pelakon tersohor, Faizal Hussein kepada wartawan Xtra apabila memenangi Pelakon Lelaki Terbaik Drama Anugerah Skrin (ASK) 2019 baru-baru ini melalui drama berjudul ‘Samad Tedung’. 

Mengakui bahawa kadang-kadang pernah juga rasa kecewa bila diwar-warkan sebagai pemenang oleh peminat dan rakan artis, tetapi akhirnya kalah tipis, sejujurnya pelakon ini tidak berharap dan menyangka untuk memenangi anugerah tersebut pada malam itu.

“Sebenarnya, sebelum ini bagi pencalonan-pencalonan terdahulu saya memang berharap nak menang sebab ramai yang cakap anugerah itu milik saya.  Tetapi malam ini saya dah tak rasa apa dah…dah tak berharap untuk menang pun.  Saya cuma tahu apa yang saya nak pakai je untuk malam ASK ni.

“Saya ternampak sekeping gambar dalam majalah GQ beberapa bulan lalu dan terlintas dalam fikiran saya untuk pakai stail macam ni. Saya tempah sendiri suit ini di Pavilion dan beli jaket kulit ini. Tiap-tiap kali ada majlis anugerah, semua saya sediakan dan beli sendiri.  Artis tua ni takde siapa yang nak sponsor,”kata Faizal sambil tertawa kecil. 

Malam Anugerah Skrin (ASK) 2019 menyaksikan ramai pelakon-pelakon ‘otai’ seperti Faizal Hussein, Dato’ Fizz Fairuz, Rozaidi Rahman dan Nabila Huda yang merangkul anugerah bagi kategori yang dipertandingkan menunjukkan ‘otai’ masih berbisa!  

Faizal menyifatkan bahawa itu adalah rezeki dan merupakan peluang dari Allah untuk dia bekerja lebih keras lagi dalam berkarya dan harapannya kemenangan pada malam itu membuka mata produser-produser yang selalu menolak dari memilih Faizal Hussein dari berlakon dalam produksi mereka hanya kerana tidak mahu membayar ’harga’ yang di minta. 

“Saya bukan tiap-tiap tahun berlakon drama. Mungkin pada mereka harga yang saya minta tu tinggi tapi saya bukan pelakon baharu dan saya tahu ‘effort’ yang saya letak dalam melakonkan satu-satu watak. Bayaran yang saya minta tu dah termasuk segala macam persediaan yang saya buat bagi menjayakan watak-watak tersebut dan ia sememangnya bukan murah!” 

Hal ini dikongsi dan dipersetujui pelakon Nabila Huda yang memenangi Anugerah Pelakon Wanita Terbaik Drama melalui drama ‘Dia Tidak Berdosa’ apabila mengatakan setiap kali sebelum penggambaran, dia akan menggunakan sejumlah wang bayarannya untuk membeli pakaian-pakaian dan aksesori baru bagi watak-watak yang dibawa kerana “walaupun nampak remeh tetapi benda-benda kecil sebegitulah yang orang perasan dan akan bercakap,” kata Nabila. 

Sumber Foto: Xtra dan Instagram @faizalhusseiofficial

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 11 Aug 2018

Ehem…Ayda Jebat Tengah Cari Tarikh Sesuai?

Kalau kita lihat, ramai penyanyi baru yang keluar dengan lagu-lagu popular. Saya tak mahu overshadow. Beri ruang dan peluang kepada lagu lain dulu.

Hiburan Thu, 10 Oct 2019
Hiburan Wed, 3 Apr 2019

‘Syok Baring Kat Lantai, Sedar-Sedar Dah Dalam Ambulans’- Azhan Rani Kongsi Pengalaman Cemas Di Set Nur 2

Terima kasih doktor-doktor kat unit kecemasan sana. Walaupun dia kata dia benci Syed Hamadi tapi tetap cucuk jarum dengan penuh hemah kat aku.

Featured Mon, 19 Jan 2026

“Jujur Saya Tak Nak Kembali Ke Tahun 2016 ”- Shila Amzah Enggan Ulang Detik ‘Sengsara’ Dalam Hidup

Shila Amzah mengakui tidak mahu kembali mengulangi fasa hidupnya pada tahun 2016.

Hiburan Tue, 10 Jun 2025
Hiburan Thu, 14 Mar 2024
Hiburan Tue, 18 Feb 2025

[VIDEO] Individu Tanya Tak Solat Ke? Intan Najuwa Tampil Beri Respons Padu

Intan Najuwa anggap soalan netizen pertikaikan ibadah tak masuk akal

error: Content is protected !!