Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida December 2, 2019 @ 10:28am

‘Jangan Salahkan Cikgu’- Rita Rudaini Jumpa Keluarga Pembuli Anaknya Esok

“Jangan salahkan cikgu. Mereka bukan pengasuh,” demikian kata pelakon jelita, Rita Rudaini mengulas kes buli melibatkan anaknya, Airit Rayyan Rizqin, baru-baru ini.

Rita yang ditemui di sambutan ulangtahun Melodi Salute 2019 berharap agar ibu-bapa lebih peka dalam membentuk sifat keperibadian baik dalam diri anak.

“Saya percaya didikan anak penting sejak dari rumah. Bila terjadi kes buli, jangan salahkan guru. Saya lihat ramai ibu-bapa yang serang balik guru bila menegur anak mereka. Itu salah.

“Kalau hari ini mereka boleh buli anak orang lain dengan londehkan seluar. Bagaimana pula bila mereka besar nanti. Bentuk keperibadiaan baik dari awal, itu lebih baik,” ujarnya.

Pelakon berusia 43 tahun ini juga mengaku tidak kisah sekiranya guru di sekolah merotan anaknya jika didapati membuat kesalahan.

“Tiada masalah bagi saya jika guru mahu rotan anak-anak saya jika mereka melakukan kesalahan di sekolah.

“Kalau zaman saya dulu, bila cikgu rotan saya sendiri tidak berani mengadu kepada keluarga di rumah. Bimbang dirotan kali kedua. Saya percaya guru tahu apa yang terbaik untuk murid-murid di sekolah,” katanya.

Tambah Rita, dia akan bertemu dengan pihak sekolah termasuklah ibu-bapa pelaku yang membuli anaknya, baru-baru ini.

“Esok (3hb Disember) saya akan ke sekolah untuk bertemu dengan mereka. Saya juga mahu tahu apa alasan pelaku. Jangan kata anak anda murung atau sebagainya, anak saya juga melalui hal yang sama. Jika anda memberi alasan, anak baru berusia 10 tahun, jadi anak saya usianya bukan ke sama,” soalnya.

Anak pertama Rita, Airit didakwa menjadi mangsa buli di sekolah selepas seluarnya dilondehkan.

Oleh: Fas 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 31 May 2023
Hiburan Wed, 19 Feb 2025

Keluarga Celebrate Sang Juara, Marsha Milan Sebak… Netizen Komen: “Bertuah Dapat Mentua Yang Sangat Baik”

Marsha yang gagal menahan sebak duduk dikerusi sambil memeluk anak saudaranya.

Hiburan Thu, 12 Sep 2019

Penangan ‘Azura’ Dalam Hidup Dato’ Jamal Abdillah

Siapa ingat Zack dan Azura, angkat tangan!

Hiburan Thu, 9 Nov 2017

SIAPA BABY JNM?

Akhirnya, jawapan bagi persoalan siapa baby JNM itu sudah terungkai apabila, pasangan comel ini telah mengumumkan nama anak mereka sebagai Jeanelle Nika Mandagie.

Hiburan Thu, 29 Feb 2024
Hiburan Wed, 14 Aug 2024

“Doakan Yang Baik-Baik” – Didakwa Berbadan Dua, Marissa Dania Kunci Mulut

Apapun, Min harap semua yang terbaik sahaja untuk Marissa & Aslam 🤍

Hiburan Sat, 4 Feb 2023
error: Content is protected !!