Acara By: Padin March 17, 2024 @ 10:40am

Bergabung Meletup! Sempena Kehadiran Syawal, Choii Kolaborasi Dengan Bulan Bintang

Dua jenama pakaian popular tempatan, Choii dan Bulan Bintang bergabung mengeluarkan koleksi jersi dan baju Melayu ‘Choii x Bulan Bintang’ bersempena Hari Raya 2024.

Kolaborasi pertama ini mencatat sejarah tersendiri untuk dua jenama ini dan mereka juga bakal mengadakan acara Festival Raya 2024 Choii x Bulan Bintang bakal diadakan di dua lokasi terpilih di Malaysia.

Menurut Pengarah Urusan Choii, Fariz Asri, mereka bersyukur kerana kolaborasi ini menjadi petanda kebangkitan jenama tempatan dan teruja untuk mengeluarkan hasil produk kerjasama mereka kepada peminat.

“Pertama kali saya ingin mengucapkan rasa syukur dan terima kasih. Kolaborasi ini membuatkan saya betul-betul teruja kerana dapat bekerjasama dengan Bulan Bintang. Semua tahu Bulan Bintang adalah jenama pakaian baju Melayu yang sangat dikenali.

“Semoga kerjasama ini menaikkan semangat saya dan ingin terus lakukan yang terbaik untuk jenama Choii. Saya juga berharap gabungan ini dapat diterima baik oleh semua pengguna jersi Choii,” katanya.

Fariz berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran ‘Choii x Bulan Bintang’ dan iftar yang diadakan di Hotel Royal Signature, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Tambah pengasas Bulan Bintang, Azzim Zahid Azmi, ‘Choii x Bulan Bintang’ akan mengadakan siri jelajah yang diberi nama Festival Raya 2024 Choii x Bulan Bintang bakal diadakan di dua lokasi terpilih di Malaysia.

“Lokasi tersebut adalah di Perkarangan Parkir A Stadium Bukit Jalil Kuala Lumpur yang akan berlangsung pada 21 Mac sehingga 24 Mac ini dan di Raia Hotel dan Convention Center, Alor Setar Kedah pada 28 Mac hingga 31 Mac 2024.

“Selain reruai jualan, Festival Raya 2024 Choii x Bulan Bintang ini juga akan menampilkan barisan selebriti dan pempengaruh popular seperti Ella, Shaheizy Sam, Syatilla Melvin, Fariz Asri, Erma Fatimah, Shuib, Achey, Cat Farish, Shikin Maembong, Fauzi Nawawi, Yasin Yahya, Lisdawati, Aizat Saha dan ramai lagi. Festival Ini juga akan di hoskan oleh pengacara versatil, Kelly Azman,” kata Azzim.

Dianjurkan oleh Specta Event, para pengunjung boleh mendapatkan secara eksklusif koleksi baju ‘Choii x Bulan Bintang’ hanya di lokasi jelajah raya ini sahaja dengan tawaran harga yang menarik iaitu pembelian empat item kombo dengan harga RM289.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Tue, 26 Mar 2019
Acara Wed, 14 Sep 2022

Awie & Hazama Antara Selebriti Dilantik Duta Anti-Scam

Jangan terpedaya dengan scammers okay!

Acara Thu, 19 Sep 2019
Acara Mon, 8 Oct 2018

Hadir Memukau, Laluan Permaidani Merah ABPBH31 Milik 3F – Fattah, Fazura Dan Fasha

Kehadiran Fazura dan Fattah mendapat sorakan hebat peminat!

Acara Tue, 28 Aug 2018
Acara Tue, 30 Oct 2018

Kehangatan Karnival Jom Heboh Di Angsana Johor Bahru Turut Dirasai Di Booth Hijab & Heels

Sama seperti edisi Jom Heboh sebelum ini, acara ini memang seronok.