Acara By: Padin December 11, 2023 @ 4:14pm

Green Light Run Sukses! Penganjur Acara Disaran Manfaatkan Putrajaya Sebagai Lokasi Program Paling Lengkap

Penganjur acara sukan serta aktiviti gaya hidup sihat disaran memanfaatkan sepenuhnya Putrajaya yang menawarkan pelbagai kemudahan sebagai lokasi penganjuran program paling lengkap.

Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, keindahan serta kelebihan yang ditawarkan pusat pentadbiran negara itu menjadi bonus buat penganjur serta peserta program.

“Kita boleh nampak potensi Putrajaya dalam pembangunan sukan riadah atau aktiviti seumpamanya melihatkan keadaan lokasi ini yang boleh dijadikan hub bagi program seumpamanya.

“Jadi jangan sia-siakan kemudahan sedia ada yang boleh dimanfaatkan untuk pelbagai aktiviti dan acara terutama membabitkan gaya hidup sihat.

“Seperti penganjuran larian Putrajaya Green Light Run ini, perlumbaan mengejar lampu isyarat sesuatu yang unik sekaligus mempunyai tarikan tersendiri,” katanya selepas menyempurnakan pelancaran acara itu, Sabtu lalu.

8,000 pengunjung meriahkan Putrajaya Green Light Run!

Dalam acara mega itu, sekitar 8,000 pengunjung menyemarakkan program yang berlangsung di Anjung Floria, sejak awal pagi sehingga acara kemuncak membabitkan larian unik itu.

Diinspirasikan larian di Tokyo, Jepun, acara anjuran Tune Advertising Sdn Bhd itu menjadi
tarikan apabila pelari perlu mengatasi masa lampu isyarat bertukar warna hijau dan
melepasinya sebelum merah.

ARTIKEL BERKAITAN: Ernie Zakri, Afieq Shazwan, Amir Masdi & Fara Fauzana Bakal Meriahkan Putrajaya Green Light Run 2023

Ketua Pegawai Eksekutif Tune Advertising Sdn Bhd, Muhammad Hafiz Rozlan berkata keunikan larian berkonsep seumpama itu yang pertama di negara ini memerlukan peserta berlawan dengan kepantasan lampu isyarat sekali gus membezakan perlumbaan ini dengan pertandingan lain.

“Inilah keistimewaan Putrajaya Green Light Run yang bukan sahaja memerlukan peserta bersaing dengan pelari lain, bahkan menguji kekuatan tenaga serta mental semua pelumba mengatasi kepantasan masa lampu isyarat.

“Sekiranya gagal melepasi waktu selepas lampu isyarat bertukar merah, pelari perlu berhenti untuk menunggu warna lampu berubah hijau semula.

“Melihat demografi jalan utama di pusat pentadbiran negara ini yang unik dengan adanya beberapa lampu isyarat di sepanjang laluan perlumbaan, kami yakin cabaran 7 kilometer itu juga membuatkan peserta teruja untuk ke garisan penamat,” katanya.

Cabaran larian bermula pada jam 8.30 malam dan memerlukan pelari mempunyai stamina, strategi dan memberikan fokus dalam melepasi semua lampu isyarat di sepanjang laluan.

Pada masa sama, katanya Putrajaya Green Light Run 2023 yang turut berkonsepkan sebuah
karnival yang bermula pada sebelah siang itu juga sarat aktiviti untuk semua lapisan usia.

Antaranya adalah sesi karoeke terbuka, permainan pentas, lukisan wajah kanak-kanak, Bazaar Makanan, zumba bersama penyanyi Nas Adilla, Belon Udara Panas, serta Konsert Mini membariskan artis popular tanah air.

“Selain acara larian, pengunjung turut dihiburkan persembahan konsert terbuka yang dihoskan Fara Fauzana dengan barisan penyanyi pula terdiri daripada Ernie Zakri, Afiq Syazwan, Amir Masdi dan ramai lagi.

“Sambil menikmati pilihan seleksi lagu hits secara ‘live’ dan merasai suasana di Putrajaya, pengunjung seisi keluarga boleh menyertai pesta jualan selain mengikuti pelbagai aktiviti menarik termasuk belon udara panas.

“Ini juga antara tujuan untuk masyarakat sekitar mengamalkan gaya hidup sihat sambil
beriadah bersama sahabat dan keluarga sekali gus mempromosikan Putrajaya sebagai destinasi riadah pada waktu malam,” katanya.

Sebagai tanda penghargaan, Tune Advertising Sdn Bhd turut menawarkan hadiah berupa voucher Decathlon, Skuter Elektrik, Smart TV 55 inci serta Motosikal Modenas untuk cabutan bertuah kepada peserta.

Acara ini ditaja VFive Group, Gloria Jeans, 1901 Hotdog dan Decathlon yang juga penganjuran bersama Kelab Kita Kasih Malaysia dan Persatuan Sukan Rekreasi Putrajaya dengan kerjasama Perbadanan Putrajaya, Majlis Sukan Wilayah Persekutuan, Tourism Malaysia.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Mon, 4 Mar 2019
Acara Sat, 9 Nov 2019
Acara Fri, 1 May 2020
Acara Mon, 8 Jun 2020
Acara Wed, 3 Apr 2019

Pencarian cef muda berbakat kini kembali. Mungkin anda yang MAGGI dan KPM cari!

Pertandingan Memasak Sekolah Menengah MAGGI®, medan serlah kemahiran memasak anak muda.

Acara Mon, 30 Apr 2018

Sebelum Tengok Filem Pulang, Baca Dulu Novelnya Untuk Ambil Feel

Lama lagi filem ini nak keluar wayang! Tak apa, baca dulu novel sebagai persediaan.

Acara Thu, 26 Jul 2018

Booth Hijab & Heels Tawar Banyak Aktiviti Dan Hadiah Menarik. Jom Serbu!

Booth HIjab & Heels menawarkan pelbagai hadiah menarik serta aktiviti yang pasti mengujakan semua!

Acara Thu, 18 May 2023

Pertama Kali Datang Ke Malaysia, Andmesh Jatuh Cinta Dengan Mi Goreng Mamak & Teh Ais

Terbaiklah Andmesh! Mi goreng mamak, teh ais siappp!🤣