Acara By: Ad Ops May 9, 2020 @ 2:00pm

Ibu yang bertugas di barisan hadapan dirai dengan piza berbentuk hati

Walaupun sambutan Hari Ibu kali ini agak berbeza kerana negara dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), namun ia bukan alasan untuk kita tidak menghargai wanita-wanita penting dalam hidup kita.

Sempena meraikan sambutan Hari Ibu pada 10 Mei, Pizza Hut Malaysia mengambil inisiatif membuat penghantaran istimewa kepada ibu-ibu berani dan tabah yang bertugas di barisan hadapan.

Menerusi kempen promosinya, Pizza Hut menghantar piza berbentuk hati kepada ibu-ibu yang bukan sahaja gigih menjaga keluarga, malah berkorban nyawa untuk menjaga dan membantu rakyat Malaysia ketika penularan wabak COVID-19.

pizza hut petugas barisan hadapan

Antara petugas barisan hadapan yang menerima piza berbentuk hati dengan kad ucapan khas sebagai tanda penghargaan di atas pengorbanan mereka adalah penghantar makanan, pegawai polis, petugas perubatan dan kesihatan.

Menurut Ketua Pemasaran Pizza Hut Malaysia, Emily Chong, jasa ibu yang bertugas di barisan hadapan amatlah besar dan mereka adalah penyuntik semangat kepada anak-anak Malaysia untuk terus mengharungi waktu mencabar dan sukar ketika PKP.

pizza hut petugas barisan hadapan

“Ibu bukan sahaja menjadi wira sebenar dengan tanggungjawab besar mereka di rumah, malah ada yang sanggup bertarung nyawa bertugas di barisan hadapan untuk menjaga anak-anak Malaysia.

“Kita harus menghargai dan meraikan wanita yang bergelar isteri serta ibu di atas peranan besar yang dimainkan oleh mereka kerana mereka adalah wirawati sebenar,” katanya.

Menurut Emily lagi, ibu adalah permaisuri dan nadi pada setiap rumah, justeru tiada yang lebih istimewa untuk meraikan Hari Ibu selain membawa pulang piza berbentuk hati kepada wanita-wanita penting dalam hidup kita.

pizza hut petugas barisan hadapan

“Kami berharap dengan kempen ini kami dapat memberi inspirasi kepada orang ramai untuk terus menghargai golongan ibu. Kami juga berharap piza istimewa ini akan memberi senyuman kepada mereka,” tambahnya.

Penghantaran istimewa dari Pizza Hut itu juga bertujuan untuk menggalakkan rakyat Malaysia terus menghargai pengorbanan besar perjuangan golongan ibu yang terus memberi semangat kepada keluarga dan seluruh rakyat Malaysia untuk terus tabah mengharungi situasi pandemik COVID-19.

pizza hut petugas barisan hadapan

Pizza Heart boleh didapati melalui khidmat penghantaran dan bawa pulang di seluruh Malaysia sehingga 17 Mei 2020 atau sementara stok masih ada. Anda boleh menikmati pizza ini dengan harga bermula RM36.50 untuk hidangan a la carte, sementara pilihan hidangan kombo juga tersedia.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Fri, 13 Sep 2019

ABPBH32: Siapa akan dinobat juara Kategori Online?

Undi artis kesayangan anda sebelum tarikh undian ditutup!

Acara Fri, 26 Jul 2019

Starbucks Malaysia rai 3 barista ‘istimewa’

Penggemar kopi, cuba buat langkah ini!

Acara Thu, 16 May 2019
Acara Wed, 22 Jan 2020
Acara Fri, 1 Mar 2019
#tilljannah Thu, 29 Sep 2022
Acara Fri, 30 Aug 2019
Acara Mon, 6 Mar 2023