Categories: Acara

Jom Pakat Mai Ke Booth Hijab & Heels Di Karnival Jom Heboh Penang Hujung Minggu Ini

Anda ada merancang nak pergi mana-mana tak hujung minggu ini? Yela, hujung minggu jelah waktu yang paling sesuai untuk manfaatkan bersama orang-orang tersayang. 

Bagi anda yang masih tak ada plan lagi, apa kata awesomekan hujung minggu anda dengan mengunjungi Karnival Jom Heboh (KJH)!

Sebelum ini, KJH telah berlangsung dengan penuh meriah di KL Sports City, Bukit Jalil Kuala Lumpur. Memang ramai ‘gila’ yang datang serbu! 

Tapi, pada edisi kedua tahun ini, KJH akan diadakan di Pekarangan Stadium Negeri Batu Kawan, Pulau Pinang pada 29 dan 30 September ini. So, anda bolehlah plan untuk short vacation ke Penang untuk merasai keseronokan karnival ini. Memang banyak aktiviti menarik yang akan diadakan nanti!

Menariknya lagi, Hijab & Heels juga akan membuka booth di sana nanti. Pelbagai pengisian menarik sepanjang 2 hari akan diadakan di booth kami berkaitan dengan women lifestyle. Yang pasti, gerenti happening punyalah!

Antara aktiviti yang akan diadakan seperti Fashion Police oleh Sofearose, Sesi Kecantikan bersama Mary Kay, Hijab Styling oleh Sharifah Rose, Demo Makeup oleh Tiar Zainal dan Sesi Kecantikan Bersama Azreena Azmi. 

Bukan itu saja, di booth Hijab & Heels juga akan diadakan pelbagai pertandingan yang boleh anda sertai. Antaranya, pertandingan Imbang Bulu Tangkis, Siapa Cepat Dia Menang, Make Up Couple dan pertandingan Hijab Styling.

Antara hadiah-hadiah menarik yang boleh anda menangi adalah baju dan tudung daripada Malvita serta koleksi tudung daripada SofeaRose, Tudung People dan Citra Aida. Anda juga berpeluang untuk menangi produk kecantikan dan kosmetik istimewa daripada Mary Kay Penang, Merial dan Oh Most Wanted Nora Danish!

Pemberian cenderahati secara percuma juga akan diberikan kepada anda yang Like’ serta ‘Follow’ akaun Facebook, Instagram dan Twitter Hijab & Heels serta mereka yang subscribe YouTube Hijab & Heels. Kami juga akan membuat jualan barangan eksklusif seperti T-shirt, topi dan juga botol air dengan harga yang cukup berpatutan!

Menarik kan? Jadi tunggu apa lagi, jangan lupa untuk singgah di booth Hijab & Heels pada hujung minggu ini bermula dari jam 10 pagi hingga 6 petang di Pekarangan Stadium Negeri Batu Kawan, Pulau Pinang! Save the date!

tex_admin