Acara By: Yanie Baharom November 18, 2019 @ 11:48am

Matte Lip Creme Lipstick, gincu organik buat bibir sihat dan berseri!

Baru mengecapi usia setahun, jenama kecantikan tempatan IrisA Cosmetics melangkah setapak lagi dengan penghasilan produk ke-empat, lima pewarna bibir terkini, khusus buat si gadis muda dan wanita moden bergaya.

Edisi Matte Lip Creme Lipstick itu menampilkan lima pigmen rona yang mampu memberi kelembapan selama 24 jam,  terdiri daripada pilihan dasar warna berani lagi menyerlah iaitu merah cili, merah bandung dan koral.

Irisa (kanan) dan kakaknya, Iman (kiri) bersama ibu bapa mereka di majlis pelancaran Matte Lip Creme Lipstick baru-baru ini. Foto: Azrul Rafie

Diformulasi jauh dari Itali, kandungan tekstur gincu bibir IrisA Cosmetics serasi dengan kulit bibir dan mengandungi bahan semula jadi seperti mentega koko dan minyak bungaan yang pasti memberikan kesan kelembapan dan matte di bibir si pemakai.

Sesuai dengan kematangan usia, variasi gincu bibir IrisA Cosmetics diabadikan di dalam bekas pewarna bibir yang lebih praktikal dan glam chic dengan menggunakan nama-nama filem Hollywood terkenal seperti Mean Girls, Bring It On, Legally Blonde, Hairspray dan Clueless.

Foto: Azrul Rafie

Semua lima variasi pewarna bibir IrisA Cosmetics mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan pastinya dijamin Halal.

Meraikan ulang tahun pertama IrisA Cosmetics, jenama itu mengundang jurusolek profesional pilihan wanita urban masa kini, Nad Ismail atau lebih dikenali dengan @NVDISM.

Foto: Azrul Rafie

Foto: Azrul Rafie

Foto: Azrul Rafie

Nad Ismail menunjukkan tutorial solekan yang sempurna untuk sang gadis mahupun wanita bekerjaya dengan menggunakan lima rona pilihan IrisA Cosmetics di hadapan rakan media dan tetamu undangan majlis berkenaan.

Acara penuh eksklusif dan mesra ini turut menampilkan wajah-wajah popular di medium digital antaranya penyanyi Nourul Depp, pengacara Viviana Abdullah, selebriti sosial media Myra Muzaffar, Erysha, Rafidah dan Nigeena.

Foto: Azrul Rafie

Sedikit informasi mengenai IrisA Cosmetics, ia diasaskan oleh dua beradik muda bergaya iaitu Iman, 18 dan Irisa, 16 dalam meneruskan legasi perniagaan milik kedua-dua ibu bapanya menerusi Serasi Global Sdn Bhd yang cukup dikenali dengan produk penjagaan kulit wajah daripada bahan semula jadi dan organik, Serasi Handmade.

Produk yang dilancarkan pada Oktober 2018 itu membawa misi untuk memperkembangkan formulasi produk kecantikan berasaskan bahan-bahan semula jadi dan tumbuh-tumbuhan, bebas paraben serta tidak diuji pada haiwan.

Foto: Azrul Rafie

“Kami mahu menyemarakkan revolusi dalam kalangan generasi muda untuk lebih berkeyakinan dan sentiasa percaya dengan kecantikan tanpa menjejaskan kualiti, etika dan nilai kehidupan sebenar.

“IrisA adalah glamor, berkuasa, berani, berdaya saing, berkeyakinan dan sentiasa meraikan silaturahim, cinta dan juga kehidupan,” kata dua beradik berkenaan.

Kemunculan IrisA Cosmetics juga diharap dapat melahirkan lebih banyak produk kecantikan sesuai untuk wanita yang mempunyai kulit sensitif tetapi tetap mengikut aliran selain mudah dibawa meskipun di dalam poket yang kecil.

Foto: Azrul Rafie

IrisA Cosmetics dihadirkan bersama lima pewarna bibir Flux Matte Lip Cream, diikuti dengan pembayang mata Pressed Powder Eye Shadow dan Pressed Powder Highlighter.

Kesemua produk Irisa Cosmetics boleh didapati pada harga mampu milik iaitu bermula RM33 sehingga RM188 .

Info produk

Our Lips Don’t Lie

IrisA Cosmetics menampilkan formula selembut sutera, kelembapan mampu bertahan selama 24 jam, pigmen warna yang tahan lama tanpa merekah dengan kemasan matte di bibir, dibarisi warna-warna berani seperti merah cili, merah bandung dan koral yang sesuai untuk semua jenis kulit.

Hadir dengan sentuhan mentega koko dan minyak passion flower, koleksi ini mampu memberikan kemasan matte yang menawan setiap kali gincu dioleskan. Serlahkan gaya jalanan anda dengan pilihan lima rona terbaru dari IrisA Cosmetics: Mean Girls, Bring It On, Legally Blonde, Hairspray and Clueless.

Foto: Azrul Rafie

1. Mean Girls 

Kecapi keriangan kehidupan dengan Mean Girls. Tidak ambil peduli akan realiti dunia, dia seorang gadis yang berani dan optimis. Cabar diri anda untuk lebih berkeyakinan.
Rona: Pink Mauve.

2. Bring It On 

Si permaisuri jalanan yang bijak dan tidak gentar adalah sikap dirinya. Bring It On –Kehidupan pastinya penuh dengan cabaran, hadapinya dengan penuh kepercayaan dan yakin diri. Cabar diri anda untuk lebih kuat.
Rona: Warm Pinky Nude.

3. Legally Blonde 

Dia seorang yang seksi, lucu tetapi berdedikasi dan Legally Blonde. Definisi primadona sebenar adalah dirinya sendiri. Dia adalah bintang. Cabar diri anda untuk lebih glamor.
Rona: Reddish Taupe.

4. Hairspray 

Yakin dengan diri sendiri, dia adalah letusan tenaga dan warna. Usah risau dengan rambut yang tidak kemas, Hairspray kan ada. Cabar diri anda untuk lebih positif.
Rona: Deep Plummy Beige.

5. Clueless 

Dia tidak pernah Clueless dengan apa yang dia mahukan dan terus mengejar impiannya. Dia gadis yang ceria menyinari kegembiraan di setiap langkahnya. Cabar diri anda untuk lebih teruja.
Rona: Firebrick Red

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Mon, 3 Jan 2022

Diiktiraf Malaysia Book of Records Dengan Lebih 17,000 Penyertaan, Ustaz Uqais Qorny Catat Sejarah Talaqqi al-Quran Tanpa Henti Selama 24 Jam

Bersempena kedatangan tahun 2022, Malaysia Book of Records (MBR) mengiktiraf program anjuran pendakwah bebas, Ustaz Uwais Qorny menerusi program The 24 Hours Non Stop Uwais Qorny’s Online Talaqqi. Lebih manis, program itu berjaya meraih dua […]

Acara Thu, 5 Sep 2019
Acara Mon, 11 Dec 2023
Acara Mon, 3 Sep 2018

Festival Gegaria #KitaPunya Pukau Puluhan Ribu Pengunjung, Cayalah!

Kali ini, festival ini bertemakan Hari Merdeka!

#tilljannah Sun, 11 Sep 2022

Erra Fazira Ucap Tahniah Kepada Shahir, Doa Perkahwinan Kekal Ke Syurga

Lurvee Erra Fazira! Kawan yang baik kan?! ❤️

Acara Tue, 7 Mar 2023
Acara Mon, 28 Feb 2022

Raja Muda Selangor Turun Padang Melawat Rumah Terjejas Pasca Banjir

Program Kita Bantu anjuran Selangor Youth Community (SAY) dengan kerjasama Yayasan Raja Muda Selangor (YRMS) merupakan sebuah inisiatif untuk membantu individu serta keluarga yang terkesan dengan pandemik Covid-19 yang melanda. Sejak tercetusnya idea ini pada […]

Acara Sat, 14 Dec 2019

Jurusolek, pintu gerbang untuk menjadi usahawan kosmetik

Langkah kecil yang boleh menguntunkan jika kena gayanya

Acara Wed, 12 Feb 2020