Acara By: Fatin Nurain March 10, 2024 @ 1:01am

Tahniah! Tilmiz Amnan Dinobatkan Sebagai Juara Akademi Qurra’ 2024

Tilmiz Amnan, 21, telah dinobatkan sebagai juara Akademi Qurra’ 2024 selepas bertarung selama lapan minggu secara langsung dari Studio Pusat Penyiaran TV AlHijrah, di sini, malam tadi.

Amnan atau nama sebenarnya Muhammad Amnan Muhammad Sani turut membawa pulang hadiah wang tunai RM25,000.

Sekadar info, Tilmiz Amnan merupakan seorang pelajar jurisan Kejuruteraan Mekanikal di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Sarawak.

“Saya tidak jangka malam ini saya akan menjadi juara sebab saingannya semua hebat. Memang apa sahaja keputusan malam ini kami reda.

“Niat utama kami adalah sebab kami nak belajar dan ini adalah dakwah kecil kami,” katanya.

Dalam pada itu, Tilmizah Syahira atau Nur Syahira Saiful Adli menduduki tempat kedua yang membawa pulang RM10,000 serta Anugerah Alunan Terindah yang membawa pulang RM500.

Manakala Tilmizah Sofea mendapat tempat ketiga dan menerima hadiah wang tunai RM5,000.

Sementara itu, pentas akhir akademi tersebut turut menyaksikan Tilmiz Luqman dan Tilmizah Sholihah sekadar meraih hadiah sagu hati dengan masing-masing membawa pulang RM1,000.

Manakala, Mudarrisah Nadia Hashim
selaku tenaga pengajar turut menerima Anugerah Mudarris Terbaik sekali gus mendapat hadiah wang tunai RM3,000.

Program yang dihoskan oleh Raqib Majid itu turut menampilkan Mudarris Ammar Mukhlis, Mudarrisah Suhailah Zulkifly dan Mudarrisah Nadia Hashim yang bertindak selaku tenaga pengajar.

Program yang ditayangkan pada setiap Sabtu jam 9 malam itu menampilkan juri tetap Ustazah Sharifah Khasif Fadzillah Syed Mohd Badiuzzaman dan Ustaz Muhammad Qayyim Nizar Sarim.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Tue, 26 Mar 2019
Acara Tue, 21 Aug 2018

Sertai Tarian Kecergasan Di Gegaria Fest, Putrajaya. Pelbagai Hadiah Menarik Menanti Anda!

Cabutan bertuah bernilai lebih RM2000 termasuklah FitBit Alta HR, peralatan elektrik dan pelbagai lagi hadiah menarik menanti anda.  

Acara Fri, 1 Mar 2019
Acara Fri, 25 May 2018

Dari Siri TV, Mak Cun Tampil Dengan Permainan Digital

Ceriakan hari anda dengan permainan digital Mak Cun’s Adventure!

Acara Wed, 5 Jun 2019

Sherry Al-hadad dan Ammar Titan tak puasa? Biar betul!

Ikuti sedutan video Belakang Tabir Jom Kejar Bersama Panasonic!

Acara Fri, 21 Dec 2018

Jom Bawa Anak-Anak Ke Karnival Upin & Ipin 2018 Di MAEPS Serdang!

Karnival Upin & Ipin 2018 ini akan berlangsung sehingga 23 Disember 2018.

Acara Thu, 16 Jan 2020

Tema petang musim panas pacu Ummiriaz ke persada antarabangsa

Potongan selesa, saiz apa pun boleh pakai!