Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari April 6, 2023 @ 5:07pm

“Ambil Pengajaran Apa Yang Jadi” – Akaun TikTok Disekat Akibat Video Tular, Reen Rahim Mohon Maaf & Tutup Kes

Pelakon Reen Rahim memaklumkan bahawa dia telah memaafkan semua individu yang mneyebabkan akaun TikToknya disekat akibat video tular yang menyatakan dirinya tidak pernah bangun sahur.

Susulan itu, Reen memberi kenyataan bahawa kemarahannya sudah reda dan ingin menutup kes.

“Hi… kan Reen cakap Reen busy enjoy my life. Siapa-siapa dok DM tunggu Reen buat live berkaitan Reen berang hari tu.

“Sorry I dah sejuk hati and maafkan semua dah. I memang marah kejap je. So tutup je lah kes… yang penting…” tulisnya.

Ambil positif, Reen menyatakan ia sebagai pengajaran untuk dirinya dan orang lain supaya menapis dahulu kandungan dan komen.

“Kita amik lah pengajaran dari apa yang dah jadi kat Reen. Pengajarannya, kita yang posting ni tapis lah dulu. Korang yang comment pun tapis jugak.

“Moral of the story ‘JANGAN IKUT SEDAP TEKAK JE’,” ujarnya ringkas.

Dalam pada itu, Reen bersyukur kerana punca pendapatannya bukan hanya di TikTok tapi dia kasihan jika insiden ini berlaku kepada individu yang mencari rezeki di platform tersebut.

“Alhamdulillah punca rezeki Reen bukan hanya semata pada Tiktok. Bayangkan kalau jadi pada mereka yang memang mencari rezeki dari TikTok? Tak ke menganiaya orang namanya,” luah Reen.

Oleh itu, Reen juga memohon maaf kepada orang ramai dan memaklumkan akaun baharunya di TikTok.

Terdahulu, Reen berang apabila video pengakuannya pertama kali bangun sahur tular dan mendapat kritikan daripada warganet.

Lebih parah, akibat komen-komen tersebut akaunnya disekat dan kehilangan lebih 1.6 juta pengikut.

Artikel Berkaitan: Video Tak Pernah Bangun Sahur Dikecam, Reen Rahim Hilang 1.6 Juta Pengikut Di TikTok Gara-Gara…

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 12 Jan 2023

Alif Satar Kongsi Tip Untuk Mula Aktiviti Berlari & Jogging – “Jangan Letak Target Terlalu Tinggi…”

Penyanyi dan pelakon Alif Satar sering berkongsi video mengenai tip untuk berlari atau jogging kepada pengikutnya yang baru ingin berjinak melakukan aktiviti kecergasan. @itsalifsatar Yang baru nak mula,takyah beli mahal-mahal dulu.. dah serious esok baru […]

Hiburan Mon, 28 Apr 2025
Hiburan Wed, 15 May 2019

Adik Farid Kamil Terkejut Abang Dipenjara

Harap semua pihak faham & beri kami ruang…

Hiburan Tue, 1 Aug 2023

Berhasrat Bawa Anak-Anak Sepentas Di Plenary Hall KLCC, Ini Konsert Terakhir Jamal Abdillah? Bakal Berduet Dengan Penyanyi Legenda 

Legenda Datuk Jamal nak buat konsert ni gais! Besok boleh beli tiket, jangan lepaskan peluang ni ok

Featured Tue, 7 Feb 2023
Featured Tue, 13 Sep 2022
Trending Thu, 9 May 2024
Hiburan Tue, 16 Apr 2019

‘Saya Tak Sengaja’- Lan Pet Pet Mahu Mohon Maaf Dengan Pakcik Yahya

Selebihnya terserahlah kepada Yahya, saya terima dengan hati terbuka…

error: Content is protected !!