Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin February 14, 2022 @ 1:46pm

Bazar Ramadan Dibenarkan Beroperasi Tahun Ini – PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memkalumkan tiada sekatan dikenakan ke atas kegiatan ekonomi termasuklah pengoperasian bazar Ramadan pada tahun ini.

“Kita tidak akan tutup perniagaan, saya dah sebut raya ke, bulan puasa ke, pasar Ramadan ke, pasar malam ke, masih akan dibuka seperti biasa,” katanya.

Perkara ini dibangkitkan selepas rata-rata peniaga bazar Ramadan bimbang mereka tidak dibenarkan berniaga akibat peningkatan kes dan penularan varian baharu, Omicron sejak akhir-akhir ini.

Terdahulu, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, penganjuran bazar Ramadan di Wilayah Persekutuan tahun ini adalah DIBENARKAN dan akan dilaksanakan seperti biasa dengan prosedur operasi standard (SOP) sedia ada.

Untuk rekod, pada tahun 2020 operasi bazar Ramadan di seluruh negara adalah tidak dibenarkan manakala, pada tahun 2021 pula operasi bazar Ramadan di kawasan yang dikenakan Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), tidak dibenarkan beroperasi.

 

Sumber : Bernama

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 9 Apr 2020

[Terkini] COVID-19: 109 Kes Baru, Jumlah Keseluruhan 67 Kes Kematian

Berikutan penularan wabak Coronavirus, KKM Putrajaya menerusi ciapan mengumumkan sebanyak 109 kes baru yang dilaporkan pada hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 4,228 kes. Manakala seramai 72 kes pesakit di ICU ( 43 pesakit […]

Trending Wed, 29 Nov 2017

Jana pendapatan melalui Vending Machine ‘Boss Vend’

Ingin berniaga tetapi masih belum dapat mencari produk atau lokasi yang sesuai? Terbaru dilancarkan Vending Machine ‘Boss Vend’. Jom baca apa yang menarik

Featured Mon, 29 Jun 2026

“Ariana Rose Is Back” – Penampilan Berhijab Fathia Latiff Raih Pujian

Penampilan pelakon, Fathia Latiff kembali mencuri perhatian.

Hiburan Fri, 23 Nov 2018

#MM33: ‘Tipulah Kalau Saya Cakap Tak Nak’ -Shiha Zikir

Good Luck Shiha untuk ‘Jagakan Dia’ malam ni!

Hiburan Sun, 30 Nov 2025
Hiburan Mon, 18 Mar 2019

Konsert Di London, Siti Nurhaliza Tunggu Keputusan Penganjur

Kalau bukan dengan pihak Shiraz Projects pun, saya dan pasukan iaitu Siti Nurhaliza Productions tetap akan ke sana. Sebab ini adalah perancangan asal kami.

error: Content is protected !!