Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida March 16, 2018 @ 4:50am

Uji Rashid Sedih Berita Diusir Jadi Tular

Penyanyi veteran, Uji Rashid kini redha dengan ujian yang menimpa dirinya apabila dihimpit dengan bebanan kewangan.

Akui penyanyi popular dengan lagu Semakin Hari Semakin Sayang ini, hidupnya kini berdepan kesulitan lebih-lebih lagi apabila kesihatan anak tunggal kesayangan, Cico Harahap tidak berapa mengizinkan. 

Memetik laporan BH Online, keadaan bertambah serius apabila dirinya tidak lagi mampu menyewa rumah dan terpaksa memohon bantuan rumah daripada Projek Perumahan Rakyat (PPR).

Sejak beberapa hari lalu, kisah Uji yang diarah untuk mengosongkan rumah sewa di Taman Dagang, Ampang, selepas gagal membayar sewa tular di media sosial.

Isu itu menjadi topik hangat netizen apabila Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar, berkongsi status di Facebook mengenai pertemuannya dengan Uji yang ditemani Cico dan cucunya, Rindu Norfitrah, bagi meminta bantuan rumah PPR, kelmarin.

Uji berkata, dia sedih apabila beritanya diusir dari rumah sewa menjadi tular.

“Saya, anak dan cucu belum lagi kena usir. Tetapi dalam keadaan sekarang, saya merasakan tidak mampu menyewa rumah dengan bayaran tinggi. Saya berpijak di bumi nyata, saya harus mencari rumah yang mampu milik.

“Diakui sewa rumah pernah tertunggak ketika Cico jatuh sakit, tahun lalu. Namun, saya berusaha melunaskannya kerana tidak mahu kena halau.

“Duit simpanan banyak dikeluarkan untuk rawatan Cico. Jadi, kadang kala saya tidak cukup duit untuk membayar sewa,” katanya.

Akuinya, keadaan Cico agak teruk dan memerlukan perhatian.

“Saya terpaksa menolak tawaran kerja untuk menumpukan perhatian pada satu-satunya zuriat saya. Kesusahan saya hanya Tuhan saja yang tahu. Tidak sampai hati meninggalkan anak yang menderita sakit.

“Saya masih berulang alik ke hospital menemani Cico menjalani pelbagai terapi dan rawatan setiap hari.

“Cico semakin sihat tetapi dia masih tidak boleh bercakap, menulis mahupun membaca. Saya terpaksa menjaganya seperti anak kecil,” katanya menjelaskan masalah yang dihadapi anaknya itu.

Uji atau nama sebenarnya, Fuziah Haroun Al Rashid berkata, beliau bersyukur Noh membantu meluluskan permohonan rumah PPR dengan segera.

“Sebenarnya, saya sudah membuat permohonan rumah PPR sejak beberapa bulan lalu. Saya berusaha sendiri tanpa bantuan mana-mana persatuan.

“Saya turun naik pejabat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) beberapa kali. Dengan bantuan seorang rakan yang juga kenalan baik Noh, permohonan saya diluluskan segera. Usaha saya mendapatkan rumah tidak melalui mana-mana persatuan.

“Saya mahu berpindah segera kerana tidak mampu lagi membayar sewa rumah dengan harga tinggi. Insya-Allah saya akan berpindah ke rumah PPR dalam masa yang terdekat.

“Noh memberi pilihan beberapa kawasan sekitar Puchong dan Jinjang. Beliau juga meminta saya melihat lokasinya dulu sebelum membuat keputusan,” katanya.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Tue, 31 Jan 2023
Featured Wed, 12 Oct 2022

[VIDEO] Awie Dedah Pernah Jadi Penari Zapin & Fleksibel Sebelum Bergelar ‘Rockers’ – “Saya Tak Tahu Bila Berubah Ganas”

Wowww fleksibel katanyahh! Min teringin pula nak tengok Datuk Awie menari zapin 😜 Hihiiii

Featured Wed, 15 Apr 2026

Izara Aishah & Adib Khalid Kongsi Wajah Puteri Ketiga, Pilih Nama Tahara Alima

Izara Aishah dan suami, Adib Khalid akhirnya berkongsi wajah anak mereka kepada umum.

Featured Wed, 19 Oct 2022

Pembedahan Dirahsiakan, Sissy Imann Akhirnya Dapat ‘Greenlight’

Alhamdulillah.. Semoga segera diberi kesembuhan

Hiburan Tue, 22 Jan 2019

被老板催促脱单有压力!韓曉噯现场直接挑男朋友

韓曉噯外型集甜美与性感于一身,是不少男生的梦中情人,看似异性缘相当好,但这一切却是浮云!发片记者会上竟被老板催促脱单,连妈妈都吐槽她找不到男朋友是性格问题,让她哭笑不得。

Events Tue, 30 Apr 2019

Hyolyn Makes Fans Sing & Dance During Performance in Kuala Lumpur

Fans could not get enough of her but thankfully, she’s coming back to KL soon 😉

error: Content is protected !!