Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin March 9, 2023 @ 2:27am

Cinta Ini Membunuhku… Nabila Huda Bawakan Konsert D’Masiv Di Malaysia 2 Jun Ini!

Sempena dua dekad penglibatan kumpulan muzik D’Masiv, mereka mengadakan siri jelajah menyusuri 20 kota di Indonesia, malah Malaysia juga dipilih menjadi satu salah destinasi bagi meraikan ulang tahun ke-20 bersama peminat!

Konsert pertama D’Masiv di Malaysia, Konsert D’Masiv Road To The World anjuran Neptunes Presents ini bakal menggegarkan Zepp Kuala Lumpur pada 2 Jun depan.

Penganjurnya yang juga aktres terkenal, Nabila Huda berkata, D’Masiv adalah salah satu kumpulan Indonesia diminati sejak dahulu lagi, namun tidak pernah berpeluang menyaksikan konsert di Kuala Lumpur.

“2023 adalah ulang tahun D’Masiv ke-20, jadi Neptunes Presents ingin membawa D’Masiv bagi meraikan perjalanan muzik dan mendekati peminat di Malaysia di Zepp Kuala Lumpur.

“Awal tahun ini, saya dan keluarga sempat bercuti ke Jakarta, Indonesia. Secara kebetulan, kami kami diundang oleh teman rapat untuk bertemu dengan vokalis D’Masiv, Rian Ekky Pradipta.

“Namun, tujuan asal pertemuan hanya untuk berkenalan. Tiada perancangan pun melamar D’Masiv untuk mengadakan konsert di Kuala Lumpur.

“Bagaimanapun, pengurus D’Masiv amat teruja dengan penganjuran konsert pertama Senandung Malam membabitkan Payung Teduh X Pusakata dan Efek Rumah Kaca yang dibawakan Neptunes Presents pada November, tahun lalu.

“Dari situ, timbul idea sekiranya kami berminat berkolaborasi dengan D’Masiv dalam menganjurkan Senandung Malam Volume 2 di Kuala Lumpur,” katanya.

Menurut Nabila, D’Masiv yang dianggotai Rian Ekky Pradipta selaku vokalis, Dwiki Aditya Marsall (gitar), Nurul Damar Ramadan (gitar), Rayyi Kurniawan Iskandar Dinata (bass) dan Wahyu Piadji (dram) akan muncul dalam persembahan selama 120 minit pada 2 Jun depan.

“Ini adalah kemunculan pertama D’Masiv di Kuala Lumpur. Jadi, sudah tentu pilihan lagu daripada album pertama sehingga album terbaharu yang akan diperdengarkan.

“Selain itu, sebagai penganjur, saya akan teruskan Konsep Senandung Malam ini. Ia lebih santai dan bertujuan menghiburkan peminat di Malaysia. Pemilihan artis juga berdasarkan permintaan peminat yang bukan sahaja dari kalangan kumpulan popular.

“Malah, kami teruja membawa penyanyi indie untuk tatapan peminat. Saya percaya penyanyi indie memiliki kelompok peminat yang tersendiri,” katanya.

Sehubungan itu, Nabila meminta peminat menantikan pengumuman terbaharu Konsert D’Masiv Road To The World, tidak lama lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 11 Dec 2019

Wanita Nekad Kahwin Dengan Karpet Kesayangannya

Namakan ‘Pasangan’ Hidupnya Mat

Featured Wed, 22 Mar 2023

Penonton Puas ‘Bergalau’ Di Konsert Nidji x Budi Doremi!

Memang syok habis konsert Nidji x Budi Doremi masa Ahad haritu!

Featured Sat, 1 Oct 2022

Disahkan Terkena Jangkitan Kuman Pada Paru-Paru, Pelakon Veteran Hisham Ahmad Tajuddin Kritikal & Ditidurkan

Semoga diberikan kesembuhan segera buat pelakon Hisham Ahmad Tajuddin aamiin

Hiburan Tue, 28 Jan 2025
Acara Sun, 4 Dec 2022
Cahaya Mata Tue, 8 Nov 2022

“Ummi Bilal Ni Jerit Tak Berlagu” – Neelofa Beri Nasihat Jangan Cium Anak Orang Lain

Min setuju.. Risau tau keliling kita ada virus masih berlegar legar lagi

Hiburan Tue, 12 Nov 2019
Hiburan Tue, 21 Jan 2025
error: Content is protected !!