Euforia Bola 2026
Acara By: Padin August 11, 2025 @ 2:19pm

Diiktiraf MBOR, Havoc Food Festival Pecah Rekod Malaysia!

Havoc Event & Management Sdn. Bhd. mengukir pencapaian bersejarah apabila Havoc Food Festival (HFF) diiktiraf secara rasmi oleh Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai “Largest Food Festival Tour Malaysia”, selepas berjaya menjelajah ke semua 14 negeri di Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak.

Perlis menjadi destinasi penutup siri jelajah penuh warna-warni ini, dengan majlis penganugerahan berlangsung meriah di Dataran D, Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra tepat jam 9.00 malam, disaksikan oleh ribuan pengunjung.

Lebih daripada sekadar pesta makanan, HFF menjadi platform berimpak tinggi untuk para usahawan mempromosikan jenama, meningkatkan jualan, dan mengembangkan rangkaian perniagaan. Pada masa yang sama, HFF turut merancakkan ekonomi setempat dan sektor pelancongan, seiring usaha menyokong agenda Tahun Melawat Malaysia 2026 bagi menarik lebih ramai pelancong domestik dan antarabangsa.

Pencapaian utama HFF cukup membanggakan apabila berjaya menarik lebih 18 juta pengunjung sepanjang siri jelajahnya. Festival ini turut menghimpunkan lebih 300 usahawan dan selebriti F&B daripada pelbagai latar belakang, sekali gus mempamerkan kepelbagaian industri kulinari tanah air.

Antara tarikan utama ialah persembahan hidangan warisan setiap negeri serta menu viral terkini yang mendapat sambutan hebat. Bagi memastikan pengalaman yang menyeronokkan untuk semua, HFF menyediakan zon mesra keluarga, persembahan artis popular, serta pameran usahawan mikro dan PKS. Lebih istimewa, festival ini telah menjelajah ke semua negeri di Malaysia, menjadikannya satu-satunya festival makanan bersiri terbesar pernah diadakan di negara ini.

Penghargaan khas diberikan kepada penaja rasmi, Perfume Paradise, atas komitmen dan sokongan padu sepanjang siri jelajah ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Havoc Event & Management Sdn. Bhd., Datuk Firdaus Nadxaman berkata kejayaan ini adalah hasil dedikasi seluruh pasukan Havoc, vendor, artis, pihak berkuasa tempatan, rakan kerjasama dan jutaan pengunjung yang hadir di setiap lokasi.

“Dari Johor hingga Sabah, dari Sarawak hingga Perlis, HFF bukan sekadar tentang makanan, ia tentang komuniti, kebersamaan dan meraikan kepelbagaian rasa Malaysia. Pengiktirafan ini membuktikan kekayaan budaya kulinari negara, dan kami berbangga menjadi pemacu utamanya,” katanya.

Dengan pengiktirafan ini, HFF bukan sahaja mencatat sejarah baharu, malah menetapkan penanda aras baharu bagi penganjuran festival makanan berskala mega di Malaysia, menjadi inspirasi kepada penganjur lain untuk terus mengangkat industri kulinari tempatan ke pentas dunia.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Fri, 24 May 2019
Acara Wed, 25 Feb 2026

Kebebasan Tanpa Batasan Dengan ‘Live Unbridled’

Marshall Amplification menyambut Tahun Kuda dengan cara berbeza menerusi pengenalan Emberton III Lunar New Year Edition 2026, pembesar suara edisi terhad yang dihasilkan bersama artis dari China, FCCK. Kolaborasi ini lebih kepada usaha meraikan pertemuan […]

Acara Thu, 12 Dec 2019
Acara Thu, 15 Jun 2023
Acara Tue, 2 Oct 2018

Warga Penang Serbu Booth Hijab & Heels Di Karnival Jom Heboh. Happening Habis!

Memang banyak hadiah awesome yang para pengunjung menangi!

Acara Fri, 4 Oct 2019

Gaun indah persalinan istimewa raja sehari

Semuanya cantik, pasti pemakainya tambah anggun!

Acara Mon, 20 Jan 2020
Acara Thu, 3 Nov 2022
Acara Tue, 9 Jun 2026

Ernie Zakri, Floor 88, Zubir Khan, Salma Asis Bakal Meriahkan Festival Ulang Tahun Ke-20 PJ

Ernie Zakri bakal menjadi antara tarikan utama pada malam kemuncak Sambutan Ulang Tahun Bandar Raya Petaling Jaya Ke-20 yang dijadual berlangsung pada 20 Jun ini di Laman MBPJ, Jalan Yong Shook Lin.

Acara Thu, 2 Mar 2023
error: Content is protected !!