Categories: Drama

5 Bakal Hero Malaya Ini Memantapkan Siri ‘Alice Kampung Baru’

Hidup di kota sentiasa diulit 1001 cabaran. Penghijrahan untuk memulakan kehidupan di sini bukanlah hal enteng. Itulah situasi yang dialami oleh Alice dan ibunya, May, dalam siri Tonton Original terbaharu yang berjudul ‘Alice Kampung Baru.’

Poster

Kisah ini memberi fokus kepada hubungan anak beranak ini. Selain itu, ia juga memperlihat hubungan persahabatan yang bermakna. Selain kuasa feminin yang menyerikan kisah ‘Alice Di Kampung Baru’, watak-watak jejaka juga memainkan peranan penting dalam perkembangan siri ini. Berikut adalah profil ringkas watak mereka:

#1 Raz (Aniq Durar)

Raz merupakan jejaka yang berusia awal 20-an. Dia juga menganggotai sebuah kumpulan remaja yang nakal. Raz menaruh perasaan terhadap Alice.

#2 Hilmi (Alif Muhaimin)

Hilmi berumur 18 tahun. Dia adalah salah sebahagian daripada kumpulan The Boys. Hilmi amat meminati sukan papan luncur. Minat mendalamnya terhadap sukan ini telah membentuk kemahirannya yang tinggi. Hilmi juga menonjol dengan sifat kepimpinannya dan kebijaksanaannya.

#3 Alif (Muntazar Ghufran)

Watak Alif disulami sifat peramah serta senang didekati. Dia juga kelakar orangnya. Alif adalah salah seorang pemain papan luncur untuk pasukan The Boys. Namun, minatnya terhadap sukan tersebut tidak direstui oleh keluarganya kerana mereka mahukan dia memberi tumpuan terhadap peperiksaan penting, Sijil Pelajaran Malaysia. 

#4 Junid (Nik Rifa’ie)

Junid merupakan seorang remaja yang pandai dan bertanggungjawab. Dia bekerja di kedai basuh kereta yang dimiliki oleh May. Menerusi interaksinya, tidak dapat dinafikan bahawa Junid amat menyayangi May dan Alice.

#5 Rico (Sky Iskandar)

Rico adalah si nakal yang merupakan ahli kumpulan ‘rempit’ bersama Raz. Dia sering membuat onar di Kampung Baru. Selain membawa watak sebagai Rico, Sky Iskandar yang sememangnya diakui memiliki rupa paras menawan, dia juga merupakan seorang model yang hebat.

Cerita Apa? ‘Alice Kampung Baru’
Di Mana? Strim eksklusif HD di Tonton

Afiqah Azizan