Eat Travel By: tex_admin March 11, 2019 @ 10:52am

5 destinasi mengagumkan di luar negara yang dimusnahkan oleh kehadiran pelancong

Oleh: Syarifah Fatin Anisa binti Tuan Said Shakh

Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Itulah yang terjadi terhadap destinasi yang dahulunya pernah dikenali kerana pemandangan dan hasil bumi yang menakjubkan tetapi dimusnahkan oleh industri pelancongan.

Kebiasaannya, hal ini terjadi kerana sikap pihak yang tidak bertanggungjawab. Mereka mengaut keuntungan yang membawa kepada kemusnahan alam.

Selain itu, sikap pelancong yang gemar membuang sampah di merata tempat termasuklah ke dalam laut mengakibatkan ekosistem terjejas.

Ini menyebabkan tempat yang dahulunya indah bertukar menjadi jelik!

Berikut disenaraikan destinasi yang dimusnahkan oleh industri pelancongan supaya dapat menjadi iktibar kepada rakyat Malaysia!

1. Maya Beach, Thailand

Pantai ini pernah terkenal hasil penangan daripada filem The Beach yang dilakonkan oleh Leonardo Dicaprio.

Hal ini menyebabkan beribu-ribu pelancong datang mengerumuni pantai ini saban tahun.

Ini juga mengakibatkan Pantai Maya ini dipenuhi dengan sampah sarap yang dibuang oleh pelancong yang tidak bertanggungjawab!

Kesannya, kerajaan Thailand menutup pantai ini untuk tujuan pembersihan pada 2018 dan tidak membenarkan aktiviti pelancongan dijalankan sama sekali di tempat tersebut.

Foto: Daily Express

2. Cozumel, Mexico

Pulau yang terkenal dengan air yang membiru ini menjadi kawasan tumpuan pelancong yang kebanyakannya terdiri daripada rakyat Amerika dan Canada yang ingin berjemur di tengah panas.

Menurut BBC, Cozumel telah menjadi antara kawasan pelabuhan kapal pelayaran paling terkenal di dunia.

Antara tarikan pulau ini adalah terumbu karang tetapi kehadiran pelancong dan minyak daripada kapal ‘cruise’ telah mempengaruhi hidupan laut ini.

Akibatnya terumbu karang yang menjadi tarikan pada suatu masa dahulu telah musnah!

Foto: Global Coral Reef Alliance

3. The Little Mermaid, Copenhagen, Denmark

Anda mungkin pernah menyaksikan filem animasi tentang duyung terbitan Disney tetapi di Copenhagen, anda dapat menyentuhnya secara langsung.

Ini kerana, terdapat patung duyung yang diperbuat daripada gangsa dan dibina oleh Edvard Eriksen diletakkan di tepi pantai wilayah tersebut.

Patung gangsa yang berasal dari negara tersebut menjadi tarikan pelancong sejak berpuluh tahun dahulu.

Namun begitu, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, ia telah divandalisasikan oleh ramai pelancong yang datang. Mereka menconteng dan meninggalkan ‘grafiti’ yang mencacatkan patung tersebut.

Akibatnya, patung yang menjadi daya tarikan pelancongan di Copenhagen telah tercemar!

Foto: Time Magazine

4. Pohon Tenere, Gurun Sahara.

Pohon ini digelar sebagai ‘pohon tersunyi di dunia.’ Ini kerana, ia adalah pohon yang tumbuh di gurun Sahara dan berdekatan dengan Niger, negara di Afrika Barat.

Ia menjadi penanda bagi penduduk tempatan untuk ke destinasi yang ingin ditujui sejak bertahun lalu.

Namun begitu, ia telah dilanggar oleh pemandu trak yang mabuk dari Libya. Ia menyebabkan pokok yang tersunyi di dunia ini telah musnah sama sekali!

Tinggalan pokok tersebut telah dipindahkan ke Muzium Negara Niger dan satu replika besi ditempatkan di kawasan yang sama tetapi ia tidak akan pernah dapat menggantikan pohon tersebut!

Foto: blogunik.com

5. Pulau Galapagos

Pulau ini terkenal dengan keindahan biodiversiti yang dimiliki. Ia terkenal setelah Charles Darwin menerbitkan buku ‘Origin of Species’ yang merupakan kajian tentang asal usul haiwan di sana.

Meskipun tujuan pelancong yang datang adalah bagi menghargai keindahan flora dan fauna di tempat ini, tetapi ia akhirnya tercemar dan terancam dengan kehadiran mereka sendiri.

Akibatnya, UNESCO telah menyenaraikan Pulau Galapagos sebagai Senarai Warisan Dunia yang Terancam (World Heritage in Danger List) pada tahun 2007.

Sejak itu, pelbagai halangan dan peraturan telah ditetapkan ke atas pelancong seperti mengarahkan pemandu pelancong yang berlesen untuk menemani mereka sepanjang di sana. Ia bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku disebabkan sikap cuai pelancong.

Foto: Pinterest

Malaysia bertuah kerana dianugerahkan dengan hasil bumi yang indah.

Oleh itu, segala usaha haruslah difikirkan supaya ia tidak musnah oleh sikap tidak bertanggungjawab individu.

Sumber: The Travel

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Fri, 28 Feb 2020

Resipi bancuhan air Milo seperti trak Milo, sedapnya!

Buat sendiri sahaja di rumah, lebih jimat dan puas

Eat Travel Sun, 5 Aug 2018
Eat Travel Fri, 19 Jul 2019

Senangnya Nak Masak Pad Thai, Kacau-Kacau Je Dah Siap!

Selain ringkas, masakan klasik Thailand ini memang sedap.

Eat Travel Tue, 22 May 2018

Ingin Nikmati Bufet Ramadan Yang Lazat Dan Berpatutan? Jom Singgah Laman Kayangan Shah Alam

Terdapat 11 gerai kesemuanya bermula dari huruf A hingga J yang menyediakan kepelbagaian menu menarik.

Eat Travel Wed, 26 Dec 2018

Grilled Chicken Caesar Salad, Menu Diet Yang Sihat Lagi Lazat!

Semoga perancangan diet anda mencapai target!

Eat Travel Wed, 10 Apr 2019

Ingin lari dari kesibukan kota? Ini senarai 3 pulau di Terengganu untuk anda kunjungi!

Sediakan cermin mata gelap dan krim pelindung matahari untuk kepuasan maksima.

Eat Travel Sat, 2 Feb 2019

Kekangan bajet untuk bercuti? Jom bergembira di 99 Wonderland Park, Jimat! 

Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sini!  

Eat Travel Wed, 17 Jun 2020
Eat Travel Thu, 28 May 2020

Menu asli Malaysian Deli tarik rakyat Malaysia jamu selera

Nasi lemak, mi kari, martabak semua sedap

Eat Travel Sun, 18 Nov 2018

MAPS Ipoh, Destinasi Percutian Ideal Buat Keluarga Untuk Musim Cuti Sekolah Ini

Terdapat 6 zon yang menjanjikan keseronokan buat anak-anak!