Categories: Eat TravelSemarak

Blueberry Cream Cheese Muffin Oleh Chef Anis Nabilah Menu Menarik Untuk Tetamu Hari Raya

Pelbagaikan hidangan di Hari Raya anda dengan menjadikan Blueberry Cream Cheese Muffin sebagai salah satu tarikan untuk tetamu terutamanya si cilik. Apatah lagi proses pembuatannya langsung tidak membebankan malah sangat mudah. 

Menjadikan sesi membakar kek satu aktiviti yang menyeronokkan untuk keluarga, anda juga boleh libatkan anak anda untuk sama-sama tolong di dapur sebagaimana yang dilakukan oleh pemilik resipi ini iaitu Chef Anis Nabilah dan anak saudaranya, Aneesa.

Bahan-bahan

1 sudu besar serbuk penaik

1 sudu kecil garam

175gm tepung gandum (yang telah diayak)

1 biji telur

120gm gula perang halus

70gm mentega yang telah dicairkan

200ml susu rendah lemak

150gm blueberry segar

70gm cream cheese (yang telah dipotong dadu)

paper cups atau muffin casings

Cara-caranya:

1. Campurkan serbuk penaik dan garam ke dalam tepung gandum dan gaulkan sehingga rata.

2. Pukulkan telur dan gula perang sehingga rata. Masukkan mentega yang telah dicairkan dan gaulkan lagi.

3. Setelah adunan sebati masukkan sedikit demi sedikit tepung diselang selikan denagn susu, gaulkan kesemuanya sehingga tepung dan juga susu habis diadun. Pastikan anda gaul kesemuanya sehingga sebati.

4. Masukkan blueberry dan cream cheese tadi dan gaulkan. Chef Anis menggunakan garfu untuk menggaul cream cheese ke dalam adunan.

5. Tuangkan sedikit adunan kedalam paper cups, dan pastikan ia memenuhi ¾ ketinggiannya.

6. Bakarkan di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada 180 darjah Celcius selama 20 minit.

Sumber: YouTube

Yanie Baharom