Categories: Eat Travel

Fakta: “Saya Tidak Tahu” Adalah Jawapan Yang Dilarang Sama Sekali Dilakukan Pelakon Disney

Disneyland, sebuah dunia khayalan yang dibangunkan dalam projek mega taman tema menjanjikan panorama paling ajaib di dunia bagi pengunjung, tidak kira kanak-kanak mahupun orang dewasa.

Tetapi sebagai sebuah dunia ajaib, pelakon atau pemegang sesuatu watak harus mematuhi beberapa peraturan yang ketat untuk memastikan semua pengunjung percaya bahawa mereka sedang berada dalam dunia dongeng.

Pelakon Disney tidak dibenarkan untuk mengeluarkan kata-kata ‘saya tidak tahu’ dalam apa jua keadaan.

Seorang bekas pekerja Disney menjelaskan: “Jika seorang tetamu bertanya kepada anda soalan, anda mesti mempunyai jawapan, tidak ada pengecualian.”

“Jika anda tidak tahu, cari jawapannya, tetapi jangan kata anda tak tahu. Jika itu soalan ‘bodoh’, buat jawapan yang bodoh.

Foto: stovallsinn

“Petugas perlu memberi jawapan dengan cepat, jadi, jika suatu hari nanti anda berada di Disneyland, mungkin anda boleh cuba mencari jawapan lucu daripada Cinderella.”

Bekas pekerja Disney itu berkata: “Jika seorang kanak-kanak bertanya apa yang Tinker Bell makan sebelum terbang, lebih baik anda cepat-cepat beri jawapan.”

Sekiranya ini mengejutkan anda, terdapat lebih banyak rahsia yang dibongkarkan oleh pekerja Disney.

Adakah anda tahu bahawa mereka juga boleh menawarkan naik taraf hotel percuma kepada tetamu, dengan tindakan kebaikan secara rawak?

Foto: Crystal Travel

Sumber: mStar

Yanie Baharom