Categories: Eat Travel

Ini Rahsia Resepi Ayam Panggang Madu Yang Paling Sedap!

Bagi ibu bapa yang mempunyai anak, pasti saat ini anda fikirkan aktiviti bermanfaat yang boleh dilakukan bersama mereka kan? Yela, anak-anak sudah mula cuti sekolah, andalah yang berperanan untuk ‘create‘ momen terindah bersama mereka. 

Jangan fikir sesuatu yang sukar, anda boleh lakukan aktiviti memasak bersama mereka! Nampak simple kan? Tapi, ia mampu mengeratkan hubungan kasih sayang yang lebih berganda! Kali ini, Hijab & Heels nak kongsikan kepada anda tentang resepi nak buat ayam panggang yang paling sedap di dunia.

Jangan tak percaya, resepinya sangat mudah tapi bahan utamanya anda perlu ada halia dan madu. Barulah mantap rasanya! Jom, kita semak cara nak buat ayam panggang madu ini.

Bahan-bahan:

1 kg ayam

Tiga ulas bawang putih

60ml kicap

1 sudu makan halia parut

2 sudu teh madu

1 biji bawang

Daun bawang

2 sudu besar biji sesame yang dipanggang

Cara-cara membuatnya:

1. Masukkan ayam dalam beg kedap udara. Tambahkan kicap, bawang putih, halia dan madu. Gaulkan sehingga semuanya sebati. Tutup beg dan perap ayam selama 4 jam di dalam peti sejuk.

2. Panaskan pemanggang. Bakar setiap isi ayam selama 3 minit sehingga masak. Letakkan ayam di atas pinggan dan biarkan ia sejuk selama 5 minit.

3. Panggang bawang yang dihiris selama 1 minit.

4. Campurkan bawang ke dalam ayam dan kacau sehingga sebati. Taburkan biji sesame dan sedia untuk dihidangkan.

Memang mudah kan? Jom cuba sekarang!

Sumber: Her Inspirasi

tex_admin