Categories: Eat Travel

Jom belajar buat jamu manjakani, cik abang mesti ‘suka’

Kita selalu mendengar saranan teman-teman atau petua orang dulu-dulu, kalau hendak ketatkan faraj selepas bersalin, makanlah manjakani!

Apa itu manjakani dan bagaimana rupanya? Adakah ia sejenis buah, sayuran, tumbuhan melata atau herba?

Manjakani yang biasa dikaitkan dengan rawatan selepas bersalin dan popular dalam kalangan masyarakat Melayu adalah sejenis herba yang dipercayai mampu mengembalikan kekencangan pada otot vagina, membentuk tubuh ramping dan mengelakkan keputihan.

Manjakani atau dikenali juga dengan nama majuphal (dalam perubatan tradisi india), mazu, Turkish gall di Asia Barat dan pelbagai nama lain biasanya diperoleh daripada pokok Aleppo oak (Quercus infectoria), namun di Malaysia, manjakani biasanya dijumpai pada pokok mempening.

Inilah rupa buah manjakani yang sering digunakan bagi rawatan selepas melahirkan anak. Gambar hiasa/Sumber: bidadari my

Manjakani terhasil apabila sejenis serangga penyengat ‘gall wasp’ menyuntik larvanya ke batang lembut tumbuhan Quercus infectoria.

Tindak balas daripada tumbuhan terbabit menghasilkan bengkakan seperti tumor yang mengandungi khasiat dan juga memberikan perlindungan untuk pertumbuhan larva. Bengkakan (gall) yang telah kering dan mengeras itulah yang dinamakan manjakani.

Kalau anda tidak yakin dengan khasiat majakani yang dijual di kedai jamu, mungkin bimbang terdapat bahan campuran yang memudaratkan, anda boleh menghasilkannya jamu manjakani sendiri di rumah.

Bagaimana cara membuatnya, jom kita hadam resipi di bawah!

Bahan-bahan:

5 biji manjakani
6 ulas bawang putih
Halia lebih kurang 2 inci
1 sudu makan halba
1 sudu teh lada hitam

Foto: Rasa My

Cara membuatnya:

1. Tumbuk manjakani sampai halus.

2. Masukkan halba, tumbuk lagi sampai halus.

3. Kemudian masukkan lada hitam. Tumbuk lagi.

4. Seterusnya masukkan halia dan bawang putih. Tumbuk sampai lumat dan sebati.

5. Akhir sekali, cubit bahan tumbuk tadi dan gentel bulat. Keringkan.

Foto: Rasa My

Nota: Jika mengamalkan pengambilan jamu ini 1 atau 2 biji sehari, anda pasti merasakan kesan hebatnya dalam masa yang singkat!

Yanie Baharom