Categories: Eat Travel

Jom Belajar Cara Nak Buat Kek Mentega Yang Lembut Dan Gebu Ini

Teringin nak makan butter cake yang sedap? Jangan risau, tak perlu beli di kedai, anda mampu membuatnya sendiri! Ini kerana, cara nak buat butter cake ini tersangatlah mudah.

Kalau anda baking sendiri dekat rumah, kan boleh makan bersama-sama dengan keluarga tercinta. Pasti mereka akan memuji kehebatan anda dalam menghasilkan butter cake yang sedap ini. Jom kita tengok cara untuk membuatnya.

Bahan-bahan yang diperlukan:

250 gram mentega

200 gram gula

5 biji telur

210 gram tepung naik sendiri

1 sudu kecil esen vanilla

Cara-caranya:

1. Masukkan mentega, gula dan esen vanilla ke dalam mangkuk dan putar sehingga gebu.

2. Kemudian, masukkan pula telur satu persatu. Putar sehingga sebati.

3. Setelah itu, masukkan tepung naik sendiri dan putarkan sehingga sebati.

4. Masukkan adunan tersebut ke dalam loyang. 

5. Bakar pada suhu 180 darjah Celcius selama 45-50 minit.

Selamat mencuba!

Sumber: Buat Orang Lapo

tex_admin