Categories: Eat Travel

Keenakan Ais Krim Gula Apong Setanding Sundae McDonald’s

Jika Melaka terkenal dengan gula Melaka, Sarawak terkenal dengan gula apongnya. Perbezaan antara keduanya ialah gula Melaka diperbuat daripada kelapa, sedangkan gula apong pula daripada nipah sawit, yang terdapat banyak di negeri berkenaan.

Gula apong digunakan secara meluas dalam kuih celup tradisional Sarawak seperti kuih celorot (kuih berbentuk tiub yang dibungkus daun nipah), kuih lenggang (kuih ketayap), penyaram (kuih berbentuk UFO), serta minuman seperti cendol dan tiga lapisan teh. 

Baru-baru ini, terdapat minat baru untuk gula apong dalam hidangan pencuci mulut dan ianya terbukti menjadi hit!

Foto: Picbear

Kedai ini menyediakan pencuci mulut yang lazat iaitu ais krim gula apong yang diperbuat sendiri, dihiasi dengan kacang cincang, serpihan Nestum atau serbuk Oreo.

Ia mempunyai tekstur yang sejuk dan dihidangkan mirip aiskrim sundae McDonald’s, namun manis gula apong yang dicampur dengan tiga topping mencipta rasa tradisional yang cukup mewah.

Paling best DP Ice Cream Gula Apong telah membuka cawangan pertamanya di Semenanjung yang terletak di Kampung Baru, Kuala Lumpur pada pertengahan 2017.

Foto: Sarawakvoice

Nikmati lokaliti citarasa DP Ice Cream Gula Apong, di lokasi strategik dan mudah diakses dengan hanya menggunakan pengangkutan awam.

Sekiranya anda menaiki pengankutan LRT, hanya perlu turun di LRT Stesen Kampung Baru. Tambang dari Stesen KL Sentral ke Stesen Kampung Baru hanyalah RM1.00.

Sebaik sampai di Stesen Kampung baru, jarak gerai DP Ice Cream Gula Apong dalam lingkungan 1km atau kurang daripada 5 minit sekiranya anda berjalan kaki.

Foto: Zamani

Sumber: Hungry Go Where

Yanie Baharom