Categories: Eat Travel

Kepak Ayam Madu Bukan Saja Lazat Bahkan Penyediaannya Semudah ABC

Dengar nama menu ini saja sudah bisa buat kita terliur. Apalagi melihat cara kepak ayam madu ini dimasak, dicucuk dan disusun pada besi grill sehingga menjadi deretan kemudiannya dipanggang sebagaimana biasa kita saksikan di pasar malam atau bazar Ramadhan.

Tentang kelazatannya pula, memang tidak dapat dinafikan. Kini resipi mudah ini bisa dicuba di rumah sebagai hidangan snack atau salah satu lauk untuk main course.

Resipi semudah ABC ini menggunakan bahan asas seperti bawang putih dan halia yang ditumis sehingga wangi, kemudian dimasak dengan madu untuk menghasilkan sticky chicken wings yang digemari ramai. Jom kita cuba resipi ini di rumah!

Bahan-bahan:

– 1/2 sudu besar bawang putih kisar
– 1/2 sudu besar halia kisar
– 10 keping kepak ayam
– 1 sudu besar kicap manis
– 1 sudu besar sos tiram
– 1/2 cawan madu
– Minyak

Cara-cara:

1. Tumis bawang putih dan halia.
2. Masukkan kepak ayam dan masak lebih kurang 5 minit.
3. Masukkan kicap dan sos tiram. Gaul.
4. Masukkan madu dan masak hingga pekat.
5. Hidang!

Sumber : Says 

Video : YouTube 

Yanie Baharom