Eat Travel By: Ad Ops March 29, 2019 @ 11:00am

Keropok keju enak ini pasti buat anda ketagih! Jom cuba resipinya

Jajan atau makanan ringan sememangnya menjadi kegemaran ramai.  Ringkasnya, setiap keluarga lazim mempunyai jajan kesukaan yang dikongsi bersama-sama seisi keluarga.

Apakah yang anda akan lakukan jika stok makanan ringan di rumah  kehabisan? Jangan panik!

Jika ada kelapangan, anda boleh cuba buat sendiri snek yang enak seperti keropok yang ada dijual di pasaran.

Antara snek yang pasti memikat selera ialah keropok keju Cheddar. Resipinya yang dikongsikan di bawah ini amat mudah untuk diikuti.

Keropok keju Cheddar seakan sama dengan produk snek Cheez-It, tetapi ia lebih sihat kerana kandungan garamnya tidak begitu banyak.

Snek ini bukan sahaja cukup sesuai untuk kanak-kanak, malah orang dewasa juga akan ketagih! Jika itulah hakikatnya, pastikan anda buat lebih sikit!

Jom cuba!

Bahan

  • 225 gram keju cheddar, diparut
  • 4 sudu besar mentega tanpa garam, biarkan pada suhu bilik
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 cawan tepung serba guna 
  • 2 sudu besar air sejuk (berais)

Penyediaan

  1. Panaskan ketuhar pada suhu 180˚C.
  2. Dengan menggunakan mesin pengadun, gabungkan keju, mentega dan garam di dalam mangkuk besar. Masukkan tepung dan adun.
  3. Tambahkan satu sudu besar air sejuk dan adun lagi. Ulangi langkah ini. Nota: Adunan sepatutnya bercantum tetapi rapuh apabila anda hancurkan dengan tangan. Jika ia tampak terlalu kering, tambahkan sedikit lagi air sejuk.
  4. Bahagikan adunan kepada dua dan mampatkan hingga ia menjadi bentuk cakera. Balut dengan kertas minyak dan simpan di dalam peti sejuk selama 30 minit.
  5. Lenyekkan adunan hingga ketebalannya menjadi 0.5 cm. Rapikan bahagian yang retak di sekelilingnya.
  6. Potong adunan hingga menjadi kepingan segi empat sama bersaiz 1 inci x 1 inci. Tebuk lubang kecil di tengah setiap keping untuk tujuan pengudaraan.
  7. Susun setiap kepingan yang telah diasingkan ke atas kertas minyak yang diletakkan di atas loyang.
  8. Bakar selama 13 minit atau hingga kepingan biskut menjadi warna perang keemasan.

Selamat mencuba!

Sumber: Tasty

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Thu, 23 Apr 2020
Eat Travel Tue, 25 Sep 2018
Eat Travel Fri, 3 Aug 2018
Eat Travel Thu, 15 Nov 2018

Di Kedai Konsep BreadTalk, Anda Boleh Lihat Sendiri Bagaimana Roti-Rotinya Dibuat!

Concept store pertama bagi BreadTalk ini terletak di Avenue K, Kuala Lumpur.

Eat Travel Fri, 7 Dec 2018

10 Tip Untuk Melancong Dalam Group Yang Ramai

Tak kiralah dengan keluarga atau rakan, tip-tip ini pasti akan menyenangkan kerja.

Eat Travel Sat, 30 Jun 2018

Kek Marble Ini Memang Gebu, Sekali Makan Memang Nak Lagi!

Jom manfaatkan hujung minggu dengan membuat Kek Marble ini. Gerenti sedap!

Eat Travel Fri, 31 Aug 2018

Teringin Nak Buat Croissant Berinti Coklat Sendiri? Ikuti Resipi Ini

Selama ini beli di kedai saja, kan? Kalau buat sendiri, orang lain pasti kagum.

Eat Travel Tue, 4 Sep 2018

Cef Ini Menghias Keknya Bertemakan Pokok Kaktus. Nampak Macam Real!

Hanya guna buttercream untuk hasilkan pelbagai jenis dan saiz pokok kaktus.

Eat Travel Sat, 21 Mar 2020
Eat Travel Sun, 3 May 2020