Eat Travel By: Yanie Baharom April 23, 2020 @ 12:00pm

Kaedah memasak tepung pelita moden tanpa gugat keaslian rasa tradisi, ini rahsianya!

Menu berbuka biasanya sedikit istimewa berbanding hari-hari yang lain.

Sebelum ‘menyentuh’ hidangan utama seperti nasi dan lauk-pauk, biasanya kita memulakan sesi berbuka dengan manisan seperti buah kurma dan kuih-muih.

Bercakap mengenai kuih muih, tepung pelita antaranya digemari rakyat Malaysia.

Foto: Gramho

Meskipun resipi kuih tepung pelita bukanlah lagi rahsia, namun ada saja cara baharu dalam menyediakan hidangan pencuci mulut popular kala bulan Ramadan ini.

Hijab & Heels ingin kongsikan resipi tepung pelita moden yang mudah dan tidak renyah untuk disediakan.

Kenapa namanya tepung pelita moden?, ini kerana ia tidak menggunakan acuan daun pisang sebagaimana biasa kita dilihat di bazar, namun kualiti dan kelazatannya tetap sama.

Foto: Instagram Eina Azman

Bahan-bahan:

Lapisan bahagian bawah

Tepung beras 1 cawan

Gula 1 cawan

Air pandan setengah cawan

Air putih 5 cawan

Pewarna hijau

Air kapur 1 sudu

Cara membuatnya:

1. Satukan semua bahan dan kacau sebati.
2. Kemudian masak di atas api sederhana.
3. Kacau tanpa henti kurang lebih 15 minit.
4. Bila adunan mula pekat, kecilkan api.
5. Teruskan mengacau sampai adunan jadi pekat berkilat dan meletup-letup
6. Tuang ke dalam loyang atau bekas yang dialas dengan daun pisang ketika masih panas.

Nota: Penting adanya daun pisang ini kerana ia senjata rahsia untuk mengekalkan aroma dan keaslian rasanya! Yang membezakan tepung pelita moden dengan cara tradisi, kaedah baharu ini tidak memerlukan anda membentuk daun pisang menjadi sampan kecil.

Bahan untuk lapisan atas:

1 cawan tepung beras

3 cawan santan daripada sebiji kelapa

3 cawan air

1 sudu gula

Seikat daun pandan

Secubit garam

1. Caranya sama macam seperti memasak adunan lapisan bawah.
2. Campurkan dan kacau semua bahan sampai sebati.
3. Kemudian masak di atas api sederhana.
4. Sesudah tepung masak dan meletup, tuangkan ke atas adunan pertama tadi.
5. Biarkan sejuk seketika sebelum siap di makan.

Not rahsia: Boleh sirakan dengan air gula (jangan terlalu manis, manis-manis buah memadai) ke dalam loyang, supaya lebih asyik menikmatinya.

Untuk memudahkan anda yang kali pertama mahu mencubanya, boleh rujuk video tepung pelita yang dihasilkan Datin Paduka Eina Azman ini.

Selamat mencuba!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 16 Feb 2021
Featured Wed, 7 Feb 2024
Featured Mon, 10 Jun 2019
Featured Thu, 2 Apr 2020

Kes import punca jangkitan COVID-19 di Malaysia meningkat

Penguatkuasaan fasa kedua PKP diperketat

Featured Tue, 4 Jun 2019

Figura Lebaran 2019: Berhabis RM40,000 untuk Lebaran – Noryn Aziz

Pernah kumpul duit raya lebih RM1,000, wow!

Featured Mon, 16 Jan 2023
Featured Tue, 30 Aug 2022

Disaran Ambil Dadah & Difitnah Kutip Sampah Dengan Ibu! Puteri Balqis Cadang Saman Netizen Tapi…

Kesiannya Aqish kena hadap komen netizen sampai macam tu sekali 😌 tapi kenapa tak jadi saman tu?

Featured Tue, 31 Jan 2023

Ameera Khan Kembali Dikritik Netizen, Didakwa Sengaja Tunjuk ‘Aset’

Moga LMK kental hadapi kritikan netizen. Jangan Hilang pula okay!

Featured Mon, 24 Feb 2020