Categories: Eat Travel

Memang Gebu Hokkaido Chiffon Cake Ini! Anda Boleh Tiru Resepi Ini Untuk Membuatnya

Tak tahu nak isi masa terluang waktu hujung minggu ini? Apa kata anda asah bakat anda dengan hasilkan hidangan Hokkaido Chiffon Cake. Tapi, macam mana cara nak membuatnya ya?

Jangan pening-pening, Hijab & Heels menyediakan resepi istimewa yang boleh anda tiru untuk membuat kek ini. Jom tengok video resepi ini.

Bahan-bahannya:

Bahan A

3 biji kuning telur

20 gram gula kastor

40 ml minyak jagung

40 ml susu segar

60 gram tepung kek

Bahan B

3 biji putih telur

40 gram gula kastor

Bahan kastard

200 ml susu segar

1 1/2 sudu besar kastard

3 sudu besar gula kastor

Bahan whipped cream

1 cawan whipping cream

2 sudu gula aising

Cara membuatnya:

1. Pukul kuning telur dan gula sehingga kembang, masukkan minyak dan susu. Kacau sehingga rata.

2. Ayakkan tepung dan masukkan ke dalam adunan. Kacau rata dan letak tepi (Bahan A)

3. Pukul putih telur sehingga kembang, kemudian masukkan gula dan pukul lagi sehingga kental (Bahan B)

4. Satukan B ke dalam A secara berperingkat. Kacau secara perlahan menggunakan spatula.

5. Masukkan adunan ke dalam cawan kertas dan bakar suhu 140 selama 25-30 min.

6. Satukan semua bahan dan masak sehingga kental dan berkilat. Sejukkan.

7. Pukul whipping cream bersama gula sehingga kental. (Rujuk video)

8. Satukan whipping cream dan adunan kastard

9. Lubangkan tengah-tengah cupcake yg telah siap dibakar lalu picitkan cream sehingga penuh. Simpan dalam peti sejuk. Sedia untuk dihidangkan.

Selamat mencuba!

Sumber: Resepi Seminit

tex_admin