Eat Travel By: Yanie Baharom May 7, 2019 @ 6:21pm

Menangi pakej perkahwinan RM30,000, sambil nikmati air tangan Chef Zam dan Chef Sabri!

Berhasrat untuk mendirikan rumah tangga, namun berdepan dengan kekangan bajet atau belum menemukan lokasi yang sesuai?

Usah runsing, anda mungkin insan yang bertuah untuk memenangi penajaan pakej perkahwinan bernilai hampir RM30,000 termasuk tiket penerbangan bulan madu anjuran Neujina & Friends.

Caranya mudah saja, sama ada bersama pasangan mahupun keluarga, luangkan masa berbuka puasa di Neujina Events, menerusi acara yang dinamakan Iftar Amal Buffet ‘Special Dulang.’

Mengenengahkan dua jenis hidangan berbeza citarasa dan benua, pada 24 dan 25 Mei 2019, Neujina Events memfokuskan kepada masakan Timur Tengah, yang dikendalikan oleh Master Chef Sabri Hassan.

Manakala pada 31 Mei dan 1 Jun 2019, Chef Selebriti Chef Zam, mengambil alih dapur dengan membawakan hidangan asli  Pantai Timur yang pastinya memikat selera!

Untuk pengetahuan umum, ini adalah kolaborasi pertama membabitkan Neujina Events bersama Chef Sabri Hassan dan Chef Zam.

Bertempat di Seksyen 26 Shah Alam, Neujina Events atau dikenali D’neujina sebelum ini akan menyajikan lebih 50 jenis makanan bufet termasuk gerai makanan  dan masakan  signature oleh Chef di setiap meja  pelanggan sebagai pembuka selera iftar.

Bangunan tiga tingkat ini yang akan didekorasi oleh RS EVENT KL dan turut tersedia ruangan solat, tempat letak kereta  percuma serta boleh menampung hampir 320 orang untuk beriftar pada satu masa.

Pemilihan Chef untuk kolaborasi ini dibuat berdasarkan kemahiran, pengalaman, mutu masakan dan kreativiti mereka dalam penyediaan makanan yang bertaraf lima bintang yang pastinya berupaya memberikan satu kelainan kepada warga Selangor , Klang dan terutama sekali Shah Alam  kerana kedua-dua Chef ini akan memasak secara ekslusif di Neujina Events dengan menu signature  ‘special dulang’  mereka yang tiada di tempat lain.

Antara menu menarik yang disediakan Chef Sabri ialah Kambing Kashmiri, Ayam Panggang Morocco, Nasi Mandi, Samosa Zam Zam Ala Kazam , Murtabak Turkey,  Kambing Kuzi, Macaroni Masak Arab dan lain lain lagi.

Manakala Chef Zam pula menyediakan  nasi dagang , kerutuk ayam, ketupat sotong, gulai ikan tongkol, pulut lepa, akok, nasi kuning, satay ikan, mi rebus, rendang dendeng dan semua menu akan dihidangkan  dengan 50 jenis bufet termasuk stalls, pembuka selera dan pencuci mulut.

Antara hadiah sampingan yang bakal dimenangi oleh orang ramai yang beriftar di Neujina Events ialah sepasang baju Melayu Keek Collection, hamper kosmetik Syok Kosmetik, baucer rawatan wajah Millennium Clinic KL,  tiket penerbangan  Firefly , hamper Neujina Events dan pelbagai lagi.

“Istimewa untuk  syarikat swasta dan kerajaan yang menempah majlis iftar mereka di Neujina Events, kami  berbesar hati untuk menaja majlis rumah terbuka raya syarikat mereka di Neujina Events sebagai tanda penghargaan dan ia tertakluk kepada terma dan syarat,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Neujina Events, Nazri Karim.

Seperti sedia maklum, penajaan pakej perkahwinan hampir RM30,000 anjuran Nuejina & Friends ini termasuk lah penyewaan penuh dewan Neujina Events, dekorasi dewan dan pelamin (RS Event KL), khidmat jurugambar (Iriskirana) dan photobooth (Instaphotobox), jurusolek ( MUA Nadia Nordin), baju pengantin lelaki dan wanita (Suriani Hassan), baju Melayu nikah lelaki (Keek Collection), bufet pembuka selera (Comot2) dan pemanis mulut (Khalis Catering), makanan untuk makan beradab pengantin, tiket penerbangan bulan madu (Firefly), hamper hantaran kosmetik (Syok Kosmetik), rawatan wajah pengantin (Millennium Clinic KL) dan Kek Kahwin (Anne Idris MyMumsBakery).

Cabutan bertuah ini akan diadakan pada 1 Jun 2019 di Neujina Events  dan akan diumumkan melalui  laman Instagram Nuejina Events.

Chef Zam (kiri) dan Master Chef, Sabri Hassan (kanan) bergambar bersama Ketua Pegawai Eksekutif Neujina Events, Nazri Karim serta rakan niaga, Emma Juita.

Kempen Amal Iftar Di Neujina Events ini akan dilengkapi dengan misi untuk bersedekah 10 peratus daripada hasil jualan iftar kepada Zakat Selangor.  Pastinya konsep ini adalah yang pertama diadakan di Malaysia kerana bukan sahaja untuk beramal malahan ia boleh memberikan berita gembira bagi bakal mempelai sebelum menyambut hari lebaran nanti dan sekiranya anda sudah berkahwin, hadiah tersebut boleh ditukar milik tertakluk pada terma dan syarat.

Kempen dan tempahan tiket sudah bermula dan harga sebelum 11 Mei 2019 adalah RM99 (Dewasa ) dan RM50 (Kanak-kanak). Jangan lupa rebut peluang ini kerana ia terhad kepada 320 tempat duduk sahaja pada setiap tarikh. Untuk maklumat lanjut sila hubungi  (017-2580047) atau layari laman Instagram Neujina Events.

 

Foto: JIM NSTP

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Sun, 16 Dec 2018

Guna Mi Segera Indomie Untuk Hasilkan Sebuah Kek Kahwin. Biar Betul?

Teringat zaman universiti selalu makan mi segera!

Eat Travel Fri, 15 Feb 2019

Anda suka gabungan coklat dan mentega kacang? Ada 5 resipi untuk anda cuba

5 pemanis mulut ini pasti akan buat anda terliur!

Eat Travel Thu, 16 Apr 2020
Eat Travel Sat, 14 Mar 2020
Eat Travel Fri, 2 Nov 2018

Ikuti 6 Tip Ini Kalau Nak Buat Kentang Putar Yang ‘Creamy’ Dan Sedap

Kalau salah teknik, kentang putar anda jadi tak sedap!

Eat Travel Tue, 19 Mar 2019

Salahkah beri makan kekacang kepada bayi ekzema? Ini jawapannya

Ramai orang menganggap kekacang tidak baik untuk anak mereka.

Eat Travel Sat, 27 Oct 2018

Ini Cara Nak Buat Bubur Pumpkin Bua Loy Viral

Nak buatnya agak rumit, tapi rasanya cukup sedap!

Eat Travel Wed, 22 Apr 2020
Eat Travel Fri, 3 Apr 2020