Eat Travel By: Fadzlena Jafar April 22, 2020 @ 2:27pm

Resipi kek ogura unikorn gebu untuk penggemar manisan

Pertama kali melihat kek ogura unikorn ini, pasti ramai yang melahirkan rasa kagum akan kegebuannya. Rasanya sedikit manis dan teksturnya begitu lembut apabila masuk ke dalam mulut.

Ramai menganggap kek enak itu berasal dari Jepun berikutan namanya yang berbunyi seperti perkataan Jepun, namun berdasarkan beberapa artikel, kek itu rupa-rupanya inovasi seorang wanita di Batu Pahat, Johor.

Wanita itu dikatakan mencipta resipi kek berkenaan berasaskan resipi bahulu. Kononnya, ketika kek berkenaan dihasilkan suaminya berada di Jepun atas urusan kerja, lalu menamakan kek itu ogura yang berbunyi seperti perkataan Jepun.

Tidak hairanlah rasa kek ini seperti kek bahulu, tetapi lebih lembut dan gebu. Sejak tular, ramai yang memperkenalkan versi kek ogura masing-masing.

Selain pandan, ada juga yang menghasilkan resipi kek ogura oren dan kek ogura coklat. Ada juga yang kreatif mencampurkan coklat urai dan beberapa hiasan lain.

Bagi yang berminat untuk mencuba sendiri kes ogura ini, Hijab & Heels berkongsi resipi kek ogura unikorn yang dikongsi seorang pengguna Facebook, Farisha Sofea.

 

Resipi kek ogura unikorn gebu

Bahan-bahan A:

5 biji kuning telur gred A
1 biji telur gred A
1/4 sudu kecil garam halus
95g santan pekat
70g minyak jagung
70g tepung kek, diayak

Pewarna pilihan

Bahan-bahan B:

5 biji putih telur gred A
70g gula kastor
1/4 sk jus lemon/cuka masakan

Cara penyediaan:

Kek ogura unikorn berdasarkan resipi pemilik akaun Facebook Farisha Sofea.

  1. Masukkan telur ke dalam mangkuk dan pukul ringan hingga sebati.
  2. Masukkan pula bahan A yang lain mengikut urutan sambil dikacau rata. Tapis dan ketepikan seketika.
  3. Di dalam bekas lain, pukul putih telur sehingga berbuih dan masukkan jus lemon serta gula kastor sedikit demi sedikit sambil dipukul hingga adunan menjadi kembang dan bertanduk (soft peak ).
  4. Kemudian masukkan bahan B sedikit demi sedikit ke dalam bahan A sambil dikaup balik hingga adunan menjadi sebati .
  5. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan letakkan pewarna pilihan.
  6. Lapikkan loyang (7 inci atau 8 ini) dengan kertas masakan. Loyang tidak perlu digriskan dengan minyak.
  7. Bakar dengan menggunakan kaedah water bath (loyang yang lebih besar dan berisi air) selama 1 jam pada suhu 180 darjah Celsius, bergantung pada oven masing masing .
  8. Kemudian keluarkan loyang water bath dan sambung bakar selama 10 minit untuk mengeringkan bahagian bawah dan tepi kek.
  9. Biarkan seketika kek di dalam oven dengan pintu oven direnggangkan sedikit sebelum dikeluarkan
  10. Akhir sekali, biarkan kek sejuk di atas meja sebelum dipotong .

Gambar utama: Kredit Facebook Farisha Sofea

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 6 May 2020
Featured Mon, 25 Apr 2022
Featured Fri, 1 Oct 2021
Events Fri, 27 Jan 2023

Hadiah Buat Peminat, Konsert Ulang Tahun Ke 25 Saujana Bakal Berlangsung Di Zepp Kuala Lumpur

Kumpulan nasyid Saujana yang pernah terkenal dengan lagu-lagu ketuhanan atau religi pada penghujung era 90-an bakal melangsungkan konsert sulung sebagai hadiah buat peminat. Konsert ini bertujuan bagi meraikan ulang tahun ke-25 penglibatan Saujana di dalam

Featured Tue, 21 Sep 2021
Featured Fri, 25 Jun 2021

Senarai Bantuan PKP 3.0 Yang Disediakan Dan Masih Boleh Dimohon

Penganalisis Ekonomi dari Universiti Asia e, Profesor Datuk Dr Shazali Abu Mansor berkata, pemberian moratorium bersasar dilihat dapat membantu individu dan peniaga untuk menghadapi PKP 3.0 berikutan pengurangan jumlah simpanan yang telah digunakan semasa PKP

Featured Thu, 2 Mar 2023

[VIDEO] “Saya Tak Peduli Siapa Yang Saya Hilang Asalkan…” – Kapsyen Bella Astilah Curi Perhatian

Kenapa Bella makin kurus ni? Min harap Bella baik baik saja 💕❤️

Featured Tue, 3 Jan 2023

| Live TV

error: Content is protected !!