Categories: Eat Travel

Nikmati Suasana Kampung Di Dalam Kesibukan Kota Metropolitan

Jika anda meragui tentang kewujudan ‘homestay’ atau rumah inapan berkonsepkan desa di tengah bandar Kuala Lumpur, jawapannya ia memang wujud!

Terletak di Taman Ria, Setapak, lokasinya sangat strategik dan tidak memerlukan anda untuk keluar jauh dari Kuala Lumpur untuk bercuti merehatkan minda sambil menikmati suasana desa.

Foto: Instagram Chenta Cottage

Dibina dengan kayu sepenuhnya, berada di sini ternyata memberi satu perasaan berbeza. Sehingga membuatkan anda terlupa yang anda sebenarnya masih di dalam kawasan taklukan Kuala Lumpur.

Rumah inapan berkonsepkan desa itu pada mulanya dibina sebagai rumah rehat keluarga Siti Waheedah A Wahid, 38, yang juga pengurus Chenta Cottage.

Foto: Instagram Chenta Cottage

Namun, keputusan untuk menjadikannya sebagai satu bentuk perniagaan ternyata memberi pulangan yang lumayan bahkan kepuasan lebih-lebih lagi penyewa gembira dengan konsep yang diketengahkan.

Kelihatan seperti rumah kampung biasa, ia mengenengahkan hiasan minimalis dilengkapi dengan kemudahan asas seperti televisyen, pendingin hawa, sofa dan dua buah katil.

Foto: Instagram Chenta Cottage

Laman rumah yang luas membolehkan pelbagai jenis majlis diadakan, termasuklah aktiviti barbeque bersama ahli keluarga atau rakan-rakan.

Chenta Cottage boleh disewa sebagai lokasi untuk mengadakan majlis hari jadi, majlis rumah terbuka, majlis pertemuan semula (reunion) dan majlis resepsi.

Foto: Instagram Chenta Cottage

Bagaimanapun, dekorasi tambahan atau khemah untuk majlis perlu diuruskan sendiri oleh mereka yang ingin menganjurkan majlis di situ.

Sumber: mStar

Yanie Baharom