Eat Travel By: Yanie Baharom December 12, 2018 @ 12:00pm

Orang Orang Art Cafe, Lubuk Makanan Eksotik Belangkas!

Belangkas? Geli-gelaman dibuatnya bila membayangkan hidangan eksotik ini masuk ke dalam tekak.

Namun bagi sesiapa yang pernah mencubanya, sudah pasti teringat kelazatannya.

Jika anda tergolong sebagai penggemar makanan eksotik, terdapat satu restoran di Sabak Bernam yang menyediakan hidangan ini iaitu Orang Orang Art Cafe yang terletak di Parit 3 Timur, Sungai Besar.

Orang-Orang Art Cafe yang diambil sempena nama patung mirip seperti manusia yang diletakkan di sawah kini seakan fenomena baharu bagi pengunjung yang bertandang ke sini.

Foto: JJCM

Diilhamkan kartunis Taugeh atau nama sebenarnya, Ruslan Ayob, menu yang disediakan itu mendapat permintaan luar biasa.

Kafe yang beroperasi sejak Januari 2017, dikunjungi ramai penggemar belangkas, walaupun tidak sampai seminggu hidangan itu ditawarkan kepada pelanggan.

Keenakan isi belangkas dikatakan lebih sedap dari kebanyakan hidangan seafood yang lain. Telurnya rasa lemak manakala isinya pula rasa kenyal macam ketam.

Selain belangkas, kafe itu turut menyediakan menu lain antaranya sup belut, nasi lemak sambal belut dan belut goreng.

Ini antara menu popular Orang Orang Art Cafe

1. Nasi Goreng Belut (RM8.00)

Foto: JJCM

Nasi gorengnya sempoi, digoreng dengan bawang goreng dan daun bawang.

Dihidangkan bersama ikan belut celup tepung. Ikan belut memiliki tekstur dan rasa yang tersendiri.

Berbaloi untuk anda mencuba.

2. Belangkas Bakar Cicah Air Asam (RM35.00 seekor)

Foto: JJCM

Untuk menikmati rasa dan tekstur belangkas yang asli, pilihlah Belangkas Bakar.

Dibakar dengan secukup rasa. Lebih enak bila dinikmati dengan air asam.

3. Belangkas Masak Lemak Cili Api (RM40.00 seekor)

Foto: JJCM

Rasa lemaknya cukup ketara. Enak sekali dimakan bersama daging belangkas mahupun telurnya.

Jika ada yang cuba terbayangkan bagaimana rasa dan tekstur belangkas, boleh katakan ia unik, jauh sekali dari rasa atau tekstur ketam atau udang galah.

4. Sotong Sumbat Telur Belangkas (RM8.00 – RM20.00)

Foto: JJCM

Kebiasaannya sotong disumbat dengan pulut, di sini telur belangkas menjadi pengisi sotong.

Padat dan kenyal, rasanya sedap dan unik.

5. Ketam Nipah Masak Cili (RM7.00 @ 100g)

Foto: JJCM

Ketam nipahnya segar, sedap dimakan begitu sahaja atau dengan nasi.

Info restoran: 

Alamat: Lot 19436, Parit 3 Timur, Jalan Lama Bagan Terap, 45300 Sungai Besar, Selangor
Waktu operasi: Isnin hingga Jumaat : 3:00petang- 12:00 pagi
Sabtu – Ahad : 7:00 malam – 12:00 pagi

Sumber: JJCM

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Thu, 10 May 2018

Tambat Hati Suami Dan Anak Dengan Hidangan Sosej Cheese Crispy Ini. Pasti Menjilat Jari!

Jom cuba buat menu sosej cheese cripsy ini. Gerenti makan tak cukup satu!

Eat Travel Tue, 14 Aug 2018

Tak Perlu Travel Jauh-Jauh, 5 Lokasi Percutian Di Asia Ini Dah Cukup Menarik

Mungkin ramai yang tak tahu pun tempat-tempat ini wujud.

Eat Travel Wed, 3 Jul 2019

Burger Portugal keluaran McDonald’s amat serasi dengan cita rasa rakyat Malaysia

Seolah-olah ada persamaan di antara masakan di sana dan di sini.

Eat Travel Thu, 6 Feb 2020

Rahsia masakan bersantan lambat basi

Panduan yang sangat berguna!

Eat Travel Fri, 12 Oct 2018
Eat Travel Mon, 29 Jul 2019
Eat Travel Mon, 11 Jun 2018
Eat Travel Thu, 22 Nov 2018

Teringin Nak Buat Popcorn Chicken? Ini Resipinya

Snek ini enak dimakan, macam popcorn!

Eat Travel Sun, 10 Mar 2019
Eat Travel Thu, 9 Jan 2020

Sambal, antara khasiat dan selera!

Sambal pancing nikmat makan!