Eat Travel By: Ad Ops March 24, 2020 @ 11:28am

Resipi air oren Sunquick ala-ala Vitagen, memang ketagih!

Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, pelbagai resipi makanan dikongsikan oleh warganet untuk dicuba ketika duduk di rumah. Apabila sudah ada menu makanan yang sedap, tidak lengkap rasanya jika tiada minuman sebagai penyejuk tekak.

Di sini Hijab & Heels kongsikan tiga resipi air berasaskan ramuan pati oren Sunquick. Jenama Sunquick memang terkenal dan menjadi pilihan ramai kerana minumannya dirumus daripada buah-buahan segar yang kaya dengan vitamin C.

Tunggu apa lagi, jom lihat resipi di bawah:

Sirap Punch

resipi air sedap sirap punch

Kredit gambar: Facebook Koleksi Resepi Sedap

Resipi yang menggabungkan pati oren Sunquick dan sirap ini sangat popular terutama ketika bulan puasa dan majlis kenduri kahwin. Ada yang memanggilnya dengan pelbagai gelaran antaranya air Mereng dan air Selangor.

resipi air sedap sirap punch

Kredit gambar: Facebook Koleksi Resepi Sedap

Resipi perkongsian Lyza itu hanya memerlukan tiga bahan sahaja iaitu oren Sunquick, sirap ros dan gula. Sukatannya adalah 2 nisbah 1, contohnya jika menggunakan dua sudu besar Sunquick, anda hanya perlu letakkan satu sudu besar sirap sahaja. Campurkan kedua-dua pati itu dengan air gula mengikut tahap kemanisan yang diingini.

Air Fanta hijau

homemade air fanta hijau sedap

Kredit gambar: Blog Norazlita Aziz

Kalau siapa yang suka minum air Fanta hijau boleh cuba resipi minuman versi tanpa gas, perkongsian daripada Norazlita Aziz. Bahan yang diperlukan adalah seperti berikut:

homemade air fanta hijau sedap

Kredit gambar: Blog Norazlita Aziz

3 kg gula pasir (boleh kurangkan jika tidak suka manis)
2 liter air
330 ml oren Sunquick
1/2 botol pewarna hijau apple
1/2 botol perasa pisang
1 helai daun pandan disimpul

Cara penyediaan:

homemade air fanta hijau sedap

Kredit gambar: Blog Norazlita Aziz

1. Masak air, daun pandan dan gula ke dalam periuk dan masak atas dapur hingga gula larut serta air mendidih
2. Kemudian, masukkan oren Sunquick dan biarkan ia merenih sebentar
3. Seterusnya, masukkan pula pewarna hijau
4. Setelah mendidih, tutup api dan masukkan perasa pisang dan biarkan sejuk
5. Untuk menghidang, tuangkan dalam jag atau gelas berisi ais dan tambahkan air sejuk
6. Masukkan ketulan ais untuk rasa yang lebih dingin

Oren Sunquick ala-ala Vitagen

air oren ala vitagen

Kredit gambar: Nur Hazirah

Minuman yang dikongsi Nur Haziqah ini sangat mudah disediakan dan hanya memerlukan dua bahan asas sahaja iaitu oren Sunquick dan susu pekat.

Rasa oren susu ini seakan minuman kultur, Vitagen dan ia pasti akan disukai seisi keluarga terutama kanak-kanak.

air oren ala vitagen

Kredit gambar: Nur Hazirah

Bahan:

400 ml air panas
4 sudu besar oren Sunquick
4 sudu besar susu pekat
Ais

Cara penyediaan:

1. Masukkan oren Sunquick dan susu pekat dalam satu cawan yang berisi air panas.
2. Kacau laju-laju dan lama sedikit supaya air tidak berkeladak.
3. Hidangkan dengan ais dan siap untuk dinikmati.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Fri, 1 Jun 2018

Restoran Ini Perkenalkan Menu Burger Yang Disaluti Kentang Putar & Keju, Gerenti Terliur!

Berasal dari Perancis, hidangan seperti ini dinamakan Aligot Burger.

Eat Travel Mon, 7 May 2018

Marion Crepe Hidangkan Lempeng Nipis Yang Rangup Dan Sedap, Anda Bila Lagi Nak Cuba?

Jom try kelainan crepe yang super awesome di Marion Crepe ini. Gerenti sedap!

Eat Travel Thu, 25 Apr 2019

6 snek popular tetapi sebenarnya tidak bagus untuk kesihatan kanak-kanak

Jangan beri makanan yang tidak berkhasiat kepada anak anda!

Eat Travel Thu, 26 Jul 2018
Eat Travel Tue, 15 Jan 2019

Machu Picchu kini menggunakan sistem tiket baharu yang ketat untuk mengelakkan kesesakan

Perubahan adalah perlu untuk memelihara tapak warisan dunia ini.

Eat Travel Thu, 27 Feb 2020
Eat Travel Mon, 10 Sep 2018

Nikmati Suasana Kampung Di Dalam Kesibukan Kota Metropolitan

Bagi warga kota tetapi sesekali ingin lari dari kesibukan kota, Chenta Cottage, adalah destinasi ideal buat anda.

Eat Travel Thu, 13 Dec 2018

9 Classic & New Egg Recipes That You Should Know

If you have, then you’re egg-celent.

Eat Travel Thu, 12 Jul 2018

Nak Makan Durian Sedap Sekitar Kuala Lumpur? Ini 5 Lokasi Yang Wajib Anda Pergi

Bagi pencinta durian, anda belum cukup handal kalau anda tidak pernah mengunjungi 5 lokasi makan durian yang best ini.