Eat Travel By: Ad Ops January 15, 2019 @ 5:00pm

Machu Picchu kini menggunakan sistem tiket baharu yang ketat untuk mengelakkan kesesakan

Apa yang menarik mengenai monumen yang disenaraikan sebagai antara keajaiban dunia ialah misteri di sebalik pembinaannya dan juga sejarah penuh kontroversi yang menyebabkan ramai penyelidik berminat untuk mengkajinya.

Bukan itu saja monumen unik itu juga menjadi tarikan masyarakat yang ingin melihat sendiri keajaiban itu. Ini menyebabkan ramai pelancong dari seluruh dunia yang berpusu-pusu untuk mengunjungi lokasi bersejarahnya.

Malangnya, ia boleh mendatangkan masalah kerana kunjungan yang luar biasa ramai itu boleh menyebabkan kawasan persekitarannya musnah ekoran sentuhan manusia.

Antara keajaiban yang sedang mengalami masalah ini adalah monumen Machu Picchu di Peru.

Machu Picchu ialah lokasi runtuhan kota peninggalan suku Inca yang disenaraikan sebagai tapak warisan dunia Pertubuhan Saintifik, Pendidikan dan Kebudayaan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO)

Untuk bertahun lamanya, seluruh kawasan itu telah melalui perubahan yang negatif akibat industri pelancongan.

Foto: islandiarealestate.com

Dalam usaha untuk mengurangkan impak akibat kunjungan orang ramai itu, Pejabat Cusco daripada Kementerian Kebudayaan di Peru telah memperkenalkan sistem baharu, iaitu tiket berjadual.

Dengan pengenalan format baharu itu, hanya sejumlah orang yang boleh melawati tapak itu pada sesuatu masa. Menerusi penyelenggaraan sistem ini, tiket akan dijual terlebih dahulu dan setiap satunya mempunyai waktu masuk yang tetap.

Menurut TravelPulse, waktu masuk ini adalah setiap satu jam antara 6 pagi hingga 2 petang waktu tempatan.

Sistem baharu ini telah berkuatkuasa pada 1 Januari lalu, jadi jika anda bercadang untuk mengunjungi Machu Picchu tidak lama lagi, pastikan anda buat kajian dan beli tiket anda seawal yang mungkin.

Satu lagi aspek yang akan mempengaruhi perancangan anda adalah setiap pemegang tiket akan boleh memasuki Machu Picchu selama sejam. Jadi jangan berangan nak lepak lama-lama di situ!

Foto: adventurelink.com

Dianggarkan lebih empat juta pengunjung telah melawat tapak warisan UNESCO itu pada tahun lalu, menurut Peru Reports.

Walaupun sistem baharu ini mendatangkan kemarahan masyarakat, namun pihak berkuasa berharap tiada lagi isu yang timbul termasuk pelawat yang perlu beratur lama untuk masuk ke lokasi bersejarah itu.

Dengan adanya sistem itu juga, jumlah pengunjung pada satu masa juga takkan terlalu ramai. Jika anda seorang daripadanya, bolehlah anda menikmati pengalaman anda dengan lebih puas.

Usaha ini juga penting demi memelihara bangunan semula jadi antara lokasi yang paling berharga di dunia itu.

Sumber: Departures

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Mon, 6 Aug 2018

TeddyVille Museum Imbau Kehidupan Nostalgia Zaman Kanak-Kanak Pengunjung

TeddyVille Museum yang terletak di Batu Feringhi, Pulau Pinang ini tidak henti-henti dikunjungi orang ramai sejak ia dibuka.

Eat Travel Wed, 6 May 2020
Eat Travel Sun, 17 May 2020
Eat Travel Mon, 3 Jun 2019

3 cara mudah elak hidang biskut raya lemau

Enaknya menggigit biskut yang rangup!

Eat Travel Wed, 13 Mar 2019
Eat Travel Thu, 15 Nov 2018

Di Kedai Konsep BreadTalk, Anda Boleh Lihat Sendiri Bagaimana Roti-Rotinya Dibuat!

Concept store pertama bagi BreadTalk ini terletak di Avenue K, Kuala Lumpur.

Eat Travel Sat, 11 Apr 2020
Eat Travel Wed, 10 Apr 2019

‘Lidah Bakar Mulut Senget’ Hotel Tenera bakal menggamit selera anda Ramadan ini

Anda harus cuba hidangan yang lain dari yang lain ini!