Eat Travel By: Fadzlena Jafar May 6, 2020 @ 12:58pm

Resipi ayam 3 budak gemuk mudah dimasak, enak dimakan

Sepanjang Ramadan, ramai yang mengidam untuk menikmati pelbagai  masakan kampung kerana bulan yang mulia ini sering kali mengingatkan kita  kepada kampung halaman.

Masakan asam pedas, lemak cili api, sambal goreng berlada, sayur goreng Jawa, ayam kurma dan ayam masak tomato antara yang pastinya berada dalam senarai hajat anda.

Bagi wanita bekerjaya yang tidak mempunyai banyak masa untuk menyediakan hidangan berbuka puasa, mungkin boleh mencuba resipi ayam tiga budak gemuk seperti yang dikongsi dalam akaun Instagram @resepimasakankampung.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

nak lagi resepi, boleh follow @resepimasakankampung . . Ibu dah siap masak.. Ayam 3 budak gemok katanya!???? Padu beb rasa dia???? Senang giler! Resepi???? Ayam potong kecik2 goreng dulu dgn garam dan kunyit Bawang besar,bawang putih,cili api daun kari. Kalau ada halia boleh masuk sekali Kalau rajin sila tumbuk..tak rajin ko blender je.. Tumis kesemua bahan guna minyak goreng ayam tadi sampai garing Masukkan sos tiram dlm 3 sdb Kicap ni KO agak2 je guna kicap brand apa x kisah janji yg manis ????.jgn sikit sgt..tumis sekata dgn bawang Masukkan ayam goreng tadi Gaul Jgn letak garam sebab sos tiram dah masin. Gaul sampai sebati..sampai garing..jangan letak air.. Siap..boleh makan dgn nasi panas dan telor dadar..nak tmbh kepedasan sila makan dgn sambal gesek….tekak aku yg ni dah cukup podehh dah???? .

A post shared by resepi masakan kampung (@resepimasakankampung) on

Bukan sahaja resipinya mudah, tetapi juga menjanjikan keenakan rasa yang pasti membuatkan anda bertambah beberapa kali.

Resipi ini popular di selatan Semenanjung, tetapi di beberapa negeri lain seperti di Sabah dan Sarawak ada juga menyediakan hidangan ini yang mungkin sedikit berbeza.

Jika tidak mahu terlalu pedas, boleh campur setangkai dua cili padi, namun bagi penggemar masakan pedas, campur lebih daripada empat tangkai juga tidak mengapa. Cubalah!

Resipi ayam 3 budak gemuk

 

Bahan-bahan ayam:

 ½ kg ayam, dipotong kecil

Sedikit garam

Serbuk kunyit

Bahan-bahan untuk dikisar:

2 labu bawang besar

3 biji bawang putih

4 tangkai cili padi

½ inci halia

Bahan-bahan untuk sos:

3 sudu besar sos tiram

10 sudu kicap (bergantung pada cita rasa masing-masing)

2 tangkai daun kari

Cara penyediaan:

  1. Bersihkan ayam yang sudah dipotong kecil dan gaulkan dengan serbuk kunyit dan garam.
  2. Goreng ayam sehingga hampir garing. Ketepikan.
  3. Kisar bawang besar, bawang putih, cili padi dan halia.
  4. Tumis bahan kisar tadi dan masukkan daun kari.
  5. Masukkan sos tiram kicap. Tidak perlu campur air kerana resipi ini tidak berkuah.
  6. Akhir sekali masukkan ayam yang sudah digoreng tadi. Gaul hingga sebati.

KREDIT: Intagram @resepimasakankampung

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Drama Fri, 15 Apr 2022

“Masih Malu… Tak Nak Bercakap, Senyap Je” – Pertama Kali Bergandingan Dengan Sharifah Rose, Ali Reza Ambil Masa Untuk….

Saksikan drama Do You Love Me, Captain? untuk melihat keserasian Sharifah Rose dan Ali Rezark bergandingan bersama.

Featured Fri, 21 May 2021

Selepas 11 Hari Bermandi Darah, Hamas & Israel Setuju Gencatan Senjata Di Gaza

Selepas bertempur dan bermandi darah selama 11 hari, Pejuang Hamas dan Zionis Israel akhirnya bersetuju mengadakan gencatan senjata pada hari ini. Jurucakap Hamas dan Pejabat Perdana Menteri Israel mengesahkan perkara tersebut. Walaubagaimanapun, sejurus selepas kenyataan […]

Featured Fri, 31 Mar 2023
familuv Mon, 17 Jun 2019

8 tanda bayi anda alami alahan dengan susu formula yang diberikan

Tidak dapat dinafikan bahawa susu badan ibu adalah sumber nutrien terbaik buat seseorang bayi itu. Malangnya bukan semua ibu berpeluang untuk menawarkan susu semula jadinya setiap kali si kecil ingin menyusu. Kadangkala mereka terpaksa bergantung […]

Featured Sat, 13 Aug 2022