Categories: Eat Travel

Sambil Lepak Dan Makan, Enjoy Pemandangan Yang Gorgeous Di Kafe Atas Bumbung Ini

Rasanya relax lain macam bila dapat lepak atas bumbung bangunan sambil menikmati pemandangan bandar di sekeliling kita.

Orang-orang di bawah busy buat kerja tapi kita di atas, tenang-tenang saja. Kalau tempat itu berangin lagi best. Dan lagi syok kalau sambil itu kita boleh menjamu selera.

Teringin nak lalui experience sebegini? Anda boleh cuba di kafe ATAP yang terletak di Bandar Sunway.

Dibuka oleh pelakon dan personaliti YouTube Sean Lee (alaaa, yang berlakon dalam drama My Coffee Prince dengan Fattah Amin dan Janna Nick!) bersama rakan perniagaannya Hatta, ATAP menawarkan gabungan view yang menarik dan hidangan makanan dan minuman yang simple.

Foto: Facebook ATAP

Menampilkan pemandangan skyline di Sunway, kafe ini dilengkapi dengan dekor DIY yang kebanyakannya diperbuat daripada barangan kitar semula seperti badan van, troli dan pintu lama.

Foto: Facebook ATAP

Di kafe mesra-keluarga ini juga, terdapat sebuah buaian jenis hammock dan kawasan outdoor yang diterangi oleh lampu kristal berwarna, dihiasi lagi oleh tempat duduk berkusyen dan tanaman hijau.

Foto: Facebook ATAP

Jadi kalau anda ingin kari sebentar dari kehidupan anda yang sibuk atau huru-hara, bolehlah ke sini!

Sambil pandang-pandang, makan!

Menu paling best di ATAP digelar Halal Snack Pack. Ia melibatkan kentang goreng dan daging pilihan anda (ayam, lembu atau kambing) yang disiram dengan sos istimewa. Fuuhh syoknya!

Foto: Facebook ATAP

Kalau tak minat yang itu, ada juga Keropok Lekor Cheese atau Chilli Beefy Nacho Cheese. Wow! Kalau macam itu, tak payahlah nak diet! Sekali-sekala apa salahnya. Hehe!

Foto: Instagram @lijhuin

Dah makan-makan, lengkapkan meal anda dengan seleksi soda ATAP yang menarik, seperti Strawberry Lagoon atau Bluelemon Lagoon, yang dibuat dengan perisa buah semulajadi. Kalau tak nak yang meriah sebegitu, minuman klasik Ice Lemon Tea pun ada.

Foto: Facebook ATAP

Anda boleh lihat, kan? Dengan setting yang cozy, menu yang sedap serta konsep yang menarik, ATAP memang mesti dikunjungi jika anda ingin lepak santai dengan kawan-kawan.

Foto: Facebook ATAP

Sumber: Have Halal Will Travel

Ad Ops