Categories: Eat Travel

Senangnya Nak Masak Pad Thai, Kacau-Kacau Je Dah Siap!

Cita rasa orang Malaysia dan Thailand lebih kurang sama saja memandangkan rasa masakannya pun dua kali lima. Pedas dan berempah.

Masakan Thailand yang mana menjadi kegemaran anda? Yang paling diketahui dan sering dirasai oleh orang ramai ialah Tom Yam, tetapi kari ayam hijau mereka pun boleh tahan menarik juga!

Senang sangat! Kacau-kacau je, dah siap. Nak cuba? Ikuti resipi ringkas yang dikongsikan oleh Tasty.

Bahan

  • 225 gram mi leper
  • ¼ cawan gula Melaka (50 gram)
  • ¼ cawan sos ikan (60 ml)
  • ¼ cawan pes asam jawa (55 gram)
  • 1 sudu besar minyak masak
  • 170 gram dada ayam, dibuang tulang dan kulit
  • 2 ulas bawang putih, dicincang
  • 2 ulas bawang merah, dicincang
  • 1 biji telur
  • 110 gram tauhu, dipotong dadu (opsyenal)
  • 1 genggam daun bawang, dihiris (sediakan lebih untuk hidangan)
  • ½ cawan tauge (sediakan lebih untuk hidangan)
  • 1 biji limau nipis, untuk hidangan
  • Kacang tanah, untuk hidangan
  • Cili Thai merah, dihiris untuk hidangan (opsyenal)

Cara penyediaan

  1. 30 minit sebelum masak, rendam mi leper di dalam air bersuhu bilik.
  2. Di dalam pan kecil, kacau gula Melaka, pes asam jawa dan sos ikan di atas api sederhana besar.
  3. Setelah mendidih, perlahankan api dan teruskan kacau selama lima minit hingga sos menjadi likat. Alihkan pan daripada api.
  4. Kemudian, panaskan pan atau kuali di atas api besar.
  5. Tambahkan minyak masak dan ayam. Masak selama lebih kurang dua minit hingga hampir masak dan garing di setiap sisi.
  6. Tambahkan bawang putih dan merah. Kacau hingga sekata.
  7. Alihkan ayam ke tepi pan atau kuali dan tambahkan telur. Hancurkannya dengan spatula atau sudip kayu dan teruskan kacau sampai jadi scrambled egg.
  8. Tambahkan mi leper dan kacau hingga semua ramuan dicampur sekata, selama seminit dua.
  9. Tambahkan dua atau tiga sudu besar sos tadi dan kacau.
  10. Tambahkan tauhu, daun bawang dan tauge. Kacau lagi dan alihkan daripada api.
  11. Hidang serta-merta dengan perahan limau, kacang dan jika mahu, lebihkan tauge dan daun bawang serta cili potong.

Selamat mencuba!

Ad Ops