Featured By: Maya Basir April 6, 2022 @ 3:53pm

‘April Fool’ Tarikh Rasmi Dr Soo Wincci Dilantik Sebagai Profesor Madya

Penyanyi Dr Soo Wincci mencipta sejarah apabila menjadi Miss World Malaysia yang pertama dilantik sebagai Profesor Madya dalam bidang muzik.

Pelantikan tersebut melayakkan Wincci mendapat pengiktirafan Malaysia Book Of Records (MBOR) pada 1 April lalu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dr. Soo Wincci 蘇盈之 (@dr.soowincci)


“Orang selalu kaitkan 1 April dengan usikan ‘April Fool’. Namun, tarikh itu secara rasminya saya dilantik sebagai Profesor Madya. Bermula ratu cantik, terbang ke sana sini demi menuntut ilmu dan menimba pengalaman.

“Akhirnya, langkah saya ke alam profesor pula. Saya kini menjadi pensyarah mengajar penuntut Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam dalam subjek produksi muzik dan perniagaan.

“Saya mengajar hampir setiap hari di UiTM, kecuali Sabtu dan Ahad. Jadi, bolehlah fokus minat sebagai artis dan kerja produksi,” katanya.

Tambahnya lagi, jadual sebagai pensyarah tidak mengganggu komitmen lain buat masa ini.

Model, penyanyi, pelakon serta pengacara ini berkata baki pengajian doktor falsafah (PhD) kedua dalam bidang produksi artistik hanya berbaki satu sesi latihan industri.

“Saya sasarkan lapan PhD sebenarnya. Sekarang, baru dua. PhD ketiga saya berkemungkinan ambil jurusan undang-undang antarabangsa. Cuma, belum tahu universiti manakah nak teruskan,” katanya.

Wincci juga mengatakan dia sangat bersyukur kerana dapat berpuasa sebulan di Malaysia.

“Ini tahun ke-11 saya berpuasa. Tiga tahun sebelum ini, saya berpuasa di Sepanyol.

“Dapat juga lepas rindu berbuka puasa dan bersahur di negara sendiri. Dan tentunya amalan berpuasa mengajar saya bukan setakat menahan lapar dahaga, tetapi bersabar,” katanya yang juga Ikon Islamic Relief Malaysia.

Sumber: BH Online

Kredit foto: The Star

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 27 Aug 2019

一个结婚蛋糕吃了49年!这对夫妻明年用蛋糕屑继续

美国宾夕法尼亚州就有一对白发苍苍的夫妻,把1970年结婚时的结婚蛋糕冷冻起来,每年一到结婚纪念日便切一小块出来吃,持续了整整49年。

Featured Tue, 16 May 2023
Featured Wed, 3 May 2023

Isu Serang Kamal Adli, Mahkamah Singapura Beri Kebenaran Tangguh Kes Selama 4 Minggu

Kes ditangguh 4 minggu untuk melengkapkan siasatan ke atas tertuduh

Hiburan Mon, 13 May 2019

Boleh Tengok Macam-Macam Ragam, Abam Seronok Berniaga Di Bazar Ramadan

Sebenarnya sebelum menjadi anak seni saya memang pernah berniaga. Saya tiada masalah menggoreng mi di bazar kerana memang puas hati.

Hiburan Fri, 12 May 2023

Floor 88 Bakal Buat Persembahan Maksimum Bersama Wali Band

Tak sabarnyaa konsert Floor 88 dan Wali Band!!

Featured Tue, 19 May 2020