Hiburan By: SGMS Faida July 22, 2018 @ 2:08am

Boyfriend Saya Bukan Suami Sakinah, Jangan Fitnah!

Kelmarin, Sharifah Sakinah memuat naik status naik angin terhadap seorang individu tak dikenali. Wanita itu menghantar mesej kepada Sakinah memberitahu suaminya mempunyai hubungan sulit dengan seorang pramugari.

Menerusi laman Instagram, wanita yang dikatakan ‘perampas’ itu menjawab segala kenyataan individu tak dikenali itu.

“Disebabkan isu ini tular, saya perlu dedahkan kekasih sebenar saya.

“Iya, kekasih saya bukan suami dia (Sakinah) atau milik siapa-siapa.

“Saya tak tahu macam mana orang boleh kata wajah mereka sama. Isu ini membuatkan saya tertekan kerana saya memang tidak buat (bercinta dengan suami orang),” tulisnya di Instagram.

Akui wanita itu, dia tidak gemar berkongsi kisah peribadi di laman sosial selama ini.

“Saya tak suka orang tahu siapa dia, kerja apa atau anak siapa. Lagi saya tunjuk, lagi buat orang nak tahu mengenai kekasih atau keluarga dia dan akan bercerita lagi.

“Disebabkan itulah saya tak tunjuk… Tolong faham,” pintanya.

Terdahulu, Sharifah Sakinah telah memberi amaran kepada penghantar mesej berkenaan.

“Perhatian kepada orang luar yang tidak tahu mengenai kehidupan rumah tangga saya, dengan rasa penuh hormat tolong berambus.

“Kami tidak perlukan perhatian atau tuduhan tidak berasas dalam kehidupan peribadi saya… Siapa anda pelik gila,” katanya.

Untuk penghantar mesej, lain kali selidik lah dulu. Jangan buat fitnah begini lagi ok? Tak baik tau!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 25 Dec 2022
Hiburan Tue, 12 Jun 2018

Sampai Bila Nak Meratap Nasib?

Masa ni saya terlalu down dengan nasib dan kehidupan saya.Takut nak keluar rumah, sebab takut orang tau saya sakit…

Featured Sun, 16 Oct 2022
Hiburan Sun, 24 Dec 2023
Hiburan Mon, 18 Sep 2023
Fab Foodies! Fri, 18 May 2018

Menu Jimat Dapur Bersama Chef Imelda Harris

Bersesuaian dengan tema hari ini iaitu menu jimat dapur, kos untuk membuat mee sup cendawan bebola ikan menggunakan bahan-bahan di bawah RM 10. Jimat kan?