Events By: Salma Syahbuddin June 9, 2018 @ 12:00am

Festival Anggun Life Himpun Selebriti Paling Ramai!

Festival Anggun Life yang berlangsung hari ini sehingga esok, 9 Jun 2018 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada, Johor Bahru membuka tirai dengan kehadiran barisan artis popular tanah air seawal 10 pagi. Menampilkan duta Anggun Life, Amar Baharin serta Amyra Rosli; festival ini turut disertai barisan artis Drama Sangat termasuk Izzue Islam, Nina Iskandar, Saharul Ridzuan dan ramai lagi yang menyertai jualan di gerai vendor.

Istimewa hari ini, pengunjung tidak hanya dapat membeli-belah, malah menyertai pelbagai aktiviti menarik termasuk mengabadikan momen istimewa di pelbagai sudut ‘insta-friendly’ yang tersedia di keseluruhan dewan. Lebih 100 vendor menjual pelbagai produk persiapan Raya selain aktiviti di pentas utama – liputan langsung Wanita Hari Ini (WHI) bersama tetamu jemputan, Yang Berhormat Nurul Izzah; selain sesi ramah mesra bersama pengacara CJ WOW SHOP seperti Diana Rusdi, Chef Brian, Mimie Haris dan Zaim Helmi Zaini.

Lebih menarik, pengunjung boleh menikmati pautan wifi percuma tanpa had di sekitar dewan acara dengan hanya memuat-turun aplikasi tonton atau mengikuti laman sosial tonton. Turut disediakan, ‘animated photobooth’ yang membolehkan pengunjung berinteraksi bersama duta Anggun Live, Amar Baharin atau Amyra Rosli secara maya. Kunjungi gerai niaga selebriti dan bertemu dengan Remy Ishak, Sherry Ibrahim, Mia Ahmad, Yana Samsuddin & Fadzil Zahari, Zul Huzaimi, Puteri Sarah, Fedtri Yahya, Ameera Zaini, Chef Naem, Mak Cun, Dayah Bakar, Nadya Syahera, KAer Azami, Amylea Azizan dan ramai lagi (Fuh, ramai bukan!).

Buat ‘fashion lover’, sertai bengkel khas bersama jurugaya terkenal seperti Tym Fatimah, Haida Yusof, Watiey Abdullah serta ‘instafamous’ Sharifah Rose untuk tips solekan raya, penggayaan tudung Aidilfitri serta penataan gaya istimewa untuk sambutan lebaran kali ini! Nah, xtra dah senaraikan kesemua yang menarik di Festival Anggun Life minggu ini – jumpa di Persada Johor Bahru!

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 24 Oct 2019

The Return of Ex-PRISTIN Members; Confirmed New Group’s Name and Official Logo

Their debut is getting nearer and fans are getting pumped!

Hiburan Mon, 9 Sep 2019
Hiburan Tue, 11 Jul 2023
Hiburan Thu, 5 Sep 2019

Sambut Lima Majlis, Elly Mazlein Teruja Sarung Gaun Pengantin!

Selamat Pengantin Baharu, Kak Lina Pom Pom!

Hiburan Sat, 16 Feb 2019

‘Akaun Laman Sosial Tutup Tapi Belum Minta Maaf’- Misha Omar

Penyanyi lagu Sampai Bila itu mendakwa adalah tidak adil dengan hanya mendiamkan diri selepas memadam dan menutup akaun laman sosial mereka.

Hiburan Tue, 30 Apr 2019
Hiburan Thu, 5 Apr 2018

Panas! Pelakon Terkenal Ini Bercinta Dengan Kaum Sejenis?

Isu LGBT (Lesbian, Gay, Bisexsual, and Transgender) bukanlah sesuatu isu yang baru di negara kita. Meskipun isu ini agak sensitif, namun masih ada yang terlibat dengan gejala ini