Hiburan By: SGMS Putri January 16, 2018 @ 2:57pm

Alhamdulillah…Farid Kamil Sudah Bebas!

“Alhamdulillah…syukur kepada Allah yang telah berikan jalan cerita dalam hidup saya. Semakin lama, semakin menarik perjalanan hidup yang diatur oleh-Nya untuk saya,” kata aktor dan pengarah, Datuk Farid Kamil yang dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM12,000, sebentar tadi.

Selepas lima hari berada dalam tahanan reman, beliau juga menganggap kontroversi yang menimpanya sebagai ujian getir yang memberi warna dalam kehidupannya. Farid dibebaskan dengan ikat jamin oleh adiknya, Fadzil Zahari, kira-kira jam 3 petang tadi. Beliau turut menyatakan kerinduan kepada dua anaknya, Muhammad, 5 dan Nur Aurora, 3.

“Saya mahu berjumpa anak-anak. Saya rindukan mereka,” jawab aktor terbabit apabila ditanya perkara pertama yang ingin dilakukan sebaik dibebaskan.

Farid dibawa pulang menaiki kenderaan ahli keluarganya.

Sumber: Berita Harian Online

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 20 Dec 2022
Featured Mon, 9 Jan 2023
Hiburan Fri, 1 Mar 2024
Featured Fri, 30 Sep 2022

[VIDEO] Berpakaian Menjolok Mata, Dolla Minta Maaf – “Kami Tersilap Pandang”

Kesian Dolla, apapun mereka dah tampil mohon maaf. Berjanji akan lebih berhati-hati selepas ini 😊 Btw congrats Dolla & Naim Daniel untuk lagu duet baru! Min luvvvv ❤️❤️

Hiburan Mon, 15 Jul 2019

Min Yasmin Popular Di Filipina?

Wajah Min turut dipaparkan pada badan bas yang juga studio bergerak stesen itu. Power lah!