Hiburan By: Padin January 2, 2024 @ 7:08am

Hadir Dengan Single ‘Padam Dan Pergi’, Konsert Imran Ajmain Sold Out Dalam Masa 1 Jam… Siap Tambah Tarikh Baharu!

Penyanyi kelahiran Singapura, Imran Ajmain tampil dengan karya baharu, Padam Dan Pergi selepas lima tahun menanti detik terbaik.

Menurut Imran, karya ini disifatkan memberi nuansa baharu daripada naskhah seni muziknya sebelum ini.

Berkolaborasi dengan komposer muda, Ahmadul Amin, Imran berkata, pemisahan gaya muzik menerusi Padam Dan Pergi adalah usahanya untuk meneroka sekali gus mencipta perjalanan seni yang berbeza berbanding sebelumnya.

“Padam Dan Pergi adalah pemisahan daripada gaya biasa saya. Lagu ini mencerminkan perkembangan peribadi dan muzikal bagi saya, meneroka stail baru dalam bunyi dan penceritaan.

“Saya terdetik nak lancarkan lagu ini setelah setahun memanggung di acara-acara indie apabila penontonnya semua hafal dan nyanyikan apa jua lagu yang dipersembahkan atas pentas bersama-sama penyanyinya. Ini untuk mereka semua,” ujarnya.

Tambah mengujakan, pelancaran lagu baharunya ini selaras dengan perancangan konsert mini keduanya di Singapura pada 12 Januari depan dan juga persembahan berskala sama di Kuala Lumpur tahun hadapan.

“Penerbitan single ini diselaraskan secara strategik dengan konsert mini Malam Seribu Tahun Imran Ajmain yang akan datang di Singapura pada 12 Januari 2024. Konsert tersebut juga diusahakan nanti untuk penggemar di Kuala Lumpur.

“Saya akan mempersembahkan lagu baharu ini sebagai sorotan malam konsert, menawarkan penggemar pengalaman secara langsung bunyi baru ini yang melambangkan pemisahan daripada balada lembut mendayu-dayu yang sinonim dengan saya,” ujarnya.

Bercerita tentang lirik Padam Dan Pergi, Imran berkata, lagu tersebut merungkai hubungan kompleks yang tidak kena haluan, dengan lirik ringkas yang menyentuh, menggambarkan dia sebagai seorang kekasih yang rentan mencari babak baru dalam hidupnya.

“Kolaborasi dengan komposer muda berbakat seperti Ahmadul Amin ini menandakan pemisahan yang ketara daripada karya terdahulu saya dengan persembahan muzik bunyi fast-tempo pop rock yang dipacu oleh gitar elektrik.

“Saya mahu mengajak pendengar bersama dalam perjalanan mengenal pahit manis cinta, menghapuskan masa lalu dan merangkul janji masa depan yang lebih cerah. Gitar elektrik mengambil peranan utama, menambah dimensi segar kepada repertoire muzikal saya.

“Padam Dan Pergi merupakan pengakuan pertumbuhan dan sumpah janji seniman untuk memajukan seninya,” kongsi penyanyi Seribu Tahun itu.

Untuk info, Konsert Malam Seribu Tahun Imran Ajmain adalah pertunjukan pertama dalam siri persembahan artis dan band Malaysia, Singapura, Indonesia yang dipanggil Satu Malam Di Singapura.

Siri konsert tersebut dianjurkan oleh Elmi Elmo dan Hashtag Media (Malaysia) bekerjasama dengan Gumbira dan A’Art (Singapura) di Victoria Theatre, Singapura.

Dalam pada itu, menerusi kemas kini terbaharu Instagram Imran, penyanyi tinggi lampai itu mengumumkan tiket bagi konsert solo Malaysia yang bakal berlangsung pada 3 Februari hadapan di The Platform, Menara Ken, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur ‘licin’ dalam masa satu jam.

Mendapat sambutan hangat, Imran menambah satu lagi tarikh pada 2 Februari 2024 dan peminat boleh membeli tiket di sini

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 23 Nov 2022

“Saya Inginkan Exposure” – Berbanding Watak, Nabil Aqil Lebih Memilih…

Pelakon Nabil Aqil memberikan fokus kepada pemilihan stesen televisyen (TV) untuk mencipta nama dalam industri. Menurut Nabil, pemilihan stesen TV penting kerana dia mahu hasil kerjanya ditonton orang ramai. “Saya nak exposure, nak orang tengok! […]

Hiburan Fri, 8 Nov 2019

Pesan Yung Raja Dalam ‘Mad Blessings’

“Stay Blessed” telah menjadi satu cogan kata media sosial yang lapuk seketika tapi kini, Yung Raja, telah menghidupkan mantera yang memberi erti bersyukur dan dirahmati.

Hiburan Mon, 16 Apr 2018

“Tak Takut Gugur Ke?” Netizen Kecam Isteri Sharnaaz Ahmad Makan Durian Banyak

Bagi sesetengah netizen memakan durian di usia kandungan 5 bulan itu adalah dianggap tidak baik dan boleh memudaratkan bayi yang dikandung

Hiburan Fri, 13 Oct 2023
Hiburan Thu, 5 Dec 2019

Tahniah! Dato Sri Eizlan Kini Seorang Kolonel

Sekalung tahniah kami ucapkan!