Hiburan By: SGMS Faida August 15, 2019 @ 8:00am

Sabar Menanti Jodoh…

Di kala rakan selebriti seangkatan sudah berumah tangga, pelakon dan pengacara popular, Sherry Al-Hadad tidak pernah berasa tertekan apabila ditanya soal jodoh dan pasangan hidup memandangkan ibu dan anggota keluarganya tidak terlalu bertanyakan mengenai perkara itu.

Walaupun usia sudah mencecah 35 tahun, Sherry berkata, kebanyakan ahli keluarga dan saudara yang ditemui bersikap positif dengan mendoakan supaya dia bertemu dengan jodoh yang baik satu hari nanti.

Sherry mengakui, sebelum ini dia bimbang apabila setiap kali pulang menyambut Aidilfitri di kampung halamannya di Kuching, Sarawak kerana saudara mara akan bertanya mengenai jodoh dan menjadikan ia satu isu.

“Bagaimanapun, tidak seorang pun bapa dan ibu saudara saya bertanyakan hal itu, sebaliknya mereka mendoakan supaya satu hari nanti saya bertemu jodoh dengan lelaki yang baik,” katanya kepada Harian Metro.
 
Menurut Sherry, mereka memahami bahawa soal jodoh itu ketentuan Allah.

“Kalau orang kata saya terlalu memilih, sebenarnya saya bukanlah memilih sebaliknya saya mencari pasangan yang boleh memahami saya dan kerjaya saya,” katanya.

Menurut pengacara The Sherry Show ini, dia percaya setiap manusia akan melalui fasa tertentu dan kadang-kadang ada perkara yang datang dulu dan jodoh datang kemudian.

“Ada orang selepas habis belajar mereka mula membina kerjaya. Sedikit demi sedikit mengumpul harta dengan membeli kereta, rumah dan sebagainya. Ada yang bekerja dengan niat untuk membantu keluarga terlebih dulu sebelum memikirkan soal jodoh.

“Ada juga selepas habis belajar dan bekerja setahun dua sudah bertemu jodoh, jadi mereka berkahwin awal. Semua ini sudah ditentukan. Saya sendiri mungkin Allah dorongkan untuk membina kerjaya terlebih dulu sebelum jodoh didatangkan kepada saya kemudian,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 6 Apr 2018

Ude Wahid Semakin Biadab?

Namun, tidak berhenti disitu Ude baru-baru ini telah memuat naik gambar dilaman instagram beliau yang menunjukkan sarapan roti telur yang dibuat oleh isterinya, Izreen. Dalam ruangan caption tersebut, Ude seakan-akan memerli bekas isterinya yang dianggap sudah move on

Hiburan Tue, 24 Sep 2019

Butterfingers Bakal Bagi Kejutan Di Konsert 2 November Depan!

Mari sama-sama gegarkan Stadium Malawati bersama Butterfingers!

Hiburan Mon, 20 Aug 2018

首部登国家剧院三语舞台剧《最后国土》

配合马来西亚即将迎来61周年国庆,国家剧院首次让一部讲述中国移民的三语舞台剧登场,相信会引起大家的哄动之际,也会让人看到了国家剧院的一番新形象。

Featured Wed, 9 Nov 2022
Hiburan Thu, 13 Apr 2023
Hiburan Wed, 16 Jan 2019
Featured Tue, 14 Mar 2023