familuv By: Ad Ops April 1, 2019 @ 2:00pm

Inilah kemahiran yang ‘bapa moden’ perlu ada!

Menjadi bapa pada zaman serba moden kini tidak mudah kerana ia melibatkan pelbagai jenis skil, menurut satu bancian yang dilakukan.

Kajian yang dijalankan oleh jenama barangan elektrik Braun untuk Hari Bapa ini mendapati, bapa moden perlu tahu pelbagai maklumat dan topik termasuklah cara untuk menggunakan platform media sosial dan lirik lagu terkenal.

Lebih mengejutkan, memiliki satu akaun Instagram sahaja tidak cukup!

Parenting.com

Menurut pengkaji, individu bergelar bapa juga perlu mempunyai kemahiran tradisional seperti membaiki basikal dan mengemas kini sistem komputer.

Selain itu, skil yang perlu ada termasuklah mengambil giliran untuk menyusukan anak pada waktu tengah malam, menghantar dan mengambil anak dari sekolah serta mendandan rambut anak.

Bapa moden juga perlu tahu memasak hidangan makan malam, memasang perabot dan menyediakan satu platform pendidikan yang bagus untuk anak.

Dua lagi skil penting ialah berkebolehan dalam menggunakan aplikasi pesanan ringkas dan memasang permainan video baharu.

Pengurus komunikasi Braun, Zbyszek Kalenik, berkata golongan bapa pada hari ini perlu mahir dalam semua tugas dan cabaran termasuklah tugas yang sebelum ini dikhaskan untuk golongan ibu.

Seramai 1,200  bapa terlibat dalam kajian ini. Suku daripada mereka setuju yang keperluan bagi bapa jauh lebih rumit daripada dahulu.

Lapan persepuluh daripada mereka setuju yang golongan bapa sekarang perlu tahu lebih banyak skil daripada bapa mereka sendiri, dan sejumlah besar daripadanya melibatkan pengetahuan berasaskan teknologi.

Dua pertiga daripada bapa dalam kajian ini merasakan yang kos untuk hidup, membeli barang mainan dan menjalankan aktiviti hobi memberi mereka tekanan.

Lebih separuh daripada mereka pula percaya bahawa masyarakat kini semakin menggesa golongan bapa untuk lebih melibatkan diri dalam pembesaran hidup anak mereka.

Bagaimanapun, ‘tekanan’ yang mereka hadapi sebenarnya menguntungkan. 57 peratus setuju bahawa mereka menghabiskan lebih banyak masa dengan anak berbanding bapa mereka sendiri ketika mereka kecil.

Tetapi hanya satu perlima daripada bapa dalam bancian ini mempercayai yang mereka boleh digolongankan dalam kategori bapa yang ‘cool.’

Tidak mengapalah, asalkan anak dapat dibesarkan dengan kasih sayang.

Sumber: Independent.co.uk

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Thu, 19 Mar 2020
familuv Thu, 24 May 2018
familuv Mon, 4 May 2020

Kasih sayang Cristiano Ronaldo terhadap ibunya buat peminat terharu

Luah penghargaan buat ibu dan isteri sempena sambutan Hari Ibu

familuv Thu, 30 Jun 2022

Beruntung Bilal… Suka Tambah Ilmu, Neelofa Ambil Kelas Untuk Upgrade Cara Jaga & Besarkan Anak

Neelofa ambil banyak kelas untuk perbaiki diri dalam penjagaan anak.

familuv Fri, 1 Feb 2019
familuv Mon, 7 Jan 2019

3 Genius Decorating Ideas For The Perfect Baby Shower

Not only are they cute, some of them can be eaten!

familuv Tue, 4 Sep 2018

Periksa Almari Anak Anda Untuk Ketahui Sama Ada Mereka Mempunyai Simptom Seorang Pengkid

Jika terdapat banyak barangan lelaki di dalam almari anak gadis anda, jelas sekali mereka sedang berdepan dengan krisis identiti.

familuv Mon, 22 Oct 2018
familuv Mon, 15 Jul 2019

5 langkah didik anak untuk berhijab

Mula dari kecil atau tunggu besar sedikit?