familuv By: Yanie Baharom July 22, 2019 @ 10:41am

Isteri makan hati dapat suami ‘anak emak’, apa penyelesaiannya?

Mereka dilihat sebagai pasangan yang cukup sepadan dan kerana itu penceraian yang berlaku membabitkan seorang selebriti lelaki dan isterinya yang juga seorang usahawan popular baru-baru ini, mengejutkan ramai pihak.

Ramai yang seakan tidak percaya kerana kedua-dua mereka dikenali sebagai individu yang berpekerti mulia, apatah lagi keputusan untuk berpisah bukan disebabkan kehadiran ‘orang ketiga’.

Sebaliknya desas-desus yang bertebaran mengaitkan isu ‘anak emak’ sebagai punca utama yang akhirnya menggesa Fizo Omar dan bekas isterinya, Mawar Karim, memilih haluan masing-masing.

Tidak kira apa isu sebenar yang menyebabkan pasangan sama cantik, sama padan itu memilih perceraian sebagai jalan terakhir, kisah suami anak emak ini lazim berlaku dalam kalangan masyarakat hari ini.

Foto: Erin Sakura

Sekiranya anda terpalit dengan isu suami anak emak ini, bagaimanakah caranya untuk mengawal keadaan agar tidak melukakan hati pelbagai pihak yang cukup penting dalam hidup anda?

Bagi suami, sebagai pemimpin keluarga, mereka harus ingat mereka juga terikat dengan tanggungjawab terhadap isteri dan anak-anak, justeru pandai-pandailah membahagikan masa antara dua insan tersayang itu.

Paling penting, jangan sikit-sikit merujuk kepada emak sedangkan boleh sahaja berbincang dengan isteri yang sememangnya sentiasa berada di sisi. Jika emak suruh pulang ke kampung setiap minggu, fikir dahulu sebelum buat keputusan.

Foto: Instagram Shiera Ijoy

Lihat sama ada keperluan atau kehendak kerana hati isteri dan anak-anak pun harus dijaga. Ini kerana, hujung minggu sahajalah waktu yang ada untuk anda meluangkan masa dengan keluarga. Sekiranya dalam sebulan tiap-tiap minggu sibuk dengan urusan lain, bagaimana pula perasaan mereka. Tidak mustahil boleh tercetus perang dunia kedua!

Sebenarnya, masalah sebegini masih boleh diatasi. Jangan terlampau menekan diri hingga sakit dan makan hati. Sama ada suami atau isteri, anda seharusnya perlu cari masa yang sesuai untuk berbincang. Berkomunikasilah dengan baik supaya tiada hati yang tersinggung.

Sebagai anak emak, anda mesti tahu serba-serbi apa yang menjadi kesukaannya. Nah, gunakan ‘taktik’ ini untuk menyejukkan perasaannya.

Antara tip yang boleh diguna pakai adalah :

1. Kenali ibu mentua

Turunkan ilmu kepada pasangan mengenai apa sahaja yang menjadi kesukaan ibunya. Cara ini memudahkan anda untuk mendapatkan ‘kemenangan’ apabila ibu membuat permintaan.

2. Sabar dan fahamkan pasangan

Cuba fahamkan pasangan betapa eratnya hubungan anda dengan ibu. Ingat, gunakan kaedah perbincangan dan bukannya paksaan.

3. Ingatkan ibu mentua mengenai status anaknya

Sesekali ingatkan ibu bahawa anda sudah berkeluarga dan kerana itu, bukan setiap masa anda boleh meluangkan masa dengannya. Lagipun, ada ketika ibu seakan-akan terlupa bahawa anaknya sudah berumah tangga.

Foto: Mingguan Wanita

4. Yakinkan ibu mentua

Kadangkala, ibu merasa kehilangan selepas anaknya mendirikan rumah tangga. Inilah antara faktor mengapa dia gemar campur tangan dalam perkahwinan anaknya lantaran bimbang pasangan anaknya tidak mampu mengambil alih tanggungjawab.

Dalam hubungan ini, tunjukkan kemampuan anda dalam mengendalikan rumah tangga. Yakinkan ibu mentua bahawasanya anda sudah benar-benar bersedia untuk menjaga anak kesayangannya.

5. Doa untuk ibu mentua

Ya Allah, lembutkanlah hatinya (ibu mentuaku) sebagaimana Engkau melembutkan Daud (akan) besi. Cara kedua, banyakkan zikir Ya Aziz, Ya Jabbar, Ya Mutakabbir dan niatkan untuk melembutkan hati ibu mentua.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Wed, 13 Mar 2019

Hamil pada usia 30 tahun ke atas. Bahaya atau tidak?

Usia lanjut risaukan wanita yang ingin hamil.

familuv Thu, 19 Sep 2019

Anak bebal, salah satu sebabnya mak ayah suka marah-marah!

Marah anak bukanlah bentuk didikan yang efektif

familuv Fri, 8 Mar 2019

Ikuti cara Rasulullah SAW melayan isterinya. Cukup indah!

Khas buat suami isteri yang ingin hangatkan rumah tangga.

familuv Fri, 27 Sep 2019
familuv Thu, 26 Sep 2019

Amalan surah Nabi Yusuf buat pasangan tambah sayang!

Banyakkan berdoa, InsyaAllah Allah SWT akan permudahkan urusan kita.

familuv Wed, 30 Oct 2019

Ketahui tanda anak anda sedang mengalami kemurungan

Jangan abaikan realiti tentang penyakit mental dalam kalangan remaja di Malaysia

familuv Tue, 24 Jul 2018

Ini Antara Punca Yang Anda Tidak Tahu Tentang Kenapa Bayi Boleh Tersedak Susu

Jangan disebabkan kelalaian kita, nyawa anak tergadai!

familuv Wed, 9 Jan 2019
familuv Fri, 12 Aug 2022

Idam Nama Nabi, Isa Buat Akim Bangga Jadi Bapa

Hasrat Akim ingin memiliki seorang anak lelaki termakbul. Alhamdulilah. Tahniah Akim dan Stacy!

familuv Sat, 19 Oct 2019

Ingin rujukan mudah dan menarik untuk mengurus wang anda? Dapatkan e-buku ini!

Bukan untuk orang dewasa sahaja, untuk kanak-kanak pun ada