familuv By: Yanie Baharom May 15, 2018 @ 1:00pm

Kekalkan Hubungan Yang Erat, 10 Cara Ini Mewujudkan Bonding Di Antara Ahli Keluarga

Dalam mengharungi era globalisasi dan teknologi yang semakin canggih, hubungan kekeluargaan bagaikan ampuh. Jarang sekali dapat melihat ahli keluarga memanfaatkan masa bersama-sama.

Mengambil contoh berada di kedai makan misalnya, seringkali kita melihat situasi di mana orang lebih mengutamakan telefon pintar mereka daripada berbual di meja makan. Pendek kata hanya jasad sahaja yang ada di situ tetapi minda sudah terbang entah ke mana.

Ya, teknologi kini memang boleh menghubungkan kita dengan orang tersayang akan tetapi, tanya semula diri sendiri berapa kali sehari kita menghubungi ibu bapa atau adik beradik kita bertanya khabar?

Walaupun ada medium Whatsapp namun boleh dikira berapa kali sahaja ia digunakan. Barangkali perbulan dengan rakan-rakan lebih rancak berbanding ahli keluarga sendiri.

Justeru, janganlah mudah hanyut di dalam dunia teknologi ini dan mula lakukan aktiviti bersama keluarga supaya dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan ini.

1. Solat bersama

Foto: Ruqaya’s Bookshelf

Solat merupakan salah satu tiang agama dan kunci kebahagian keluarga. Oleh itu, amalkan solat berjemaah bersama keluarga kerana pahalanya berlipat ganda serta ia dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan melalui aktiviti ini.

2. Makan malam bersama

Foto: Excel Rental Utah

Semua perkara boleh diselesaikan melalui makan. Pada masa inilah satu keluarga boleh berkumpul beramai-ramai dan ceritakan hari masing-masing.

Jika ahli keluarga duduk berjauhan, pilih satu hari untuk anda semua berkumpul dan berkongsi perkembangan baru masing-masing.

3. ‘Barbecue’

Foto: BBQ Singapore

Mungkin aktiviti ini lebih menyeronokkan jika lebih ramai yang menyertainya, sesuai dibuat pada malam hari dan pelbagai aktiviti lain juga boleh diselitkan seperti permainan kad, ‘board games’ dan lain-lain.

4. Menonton wayang bersama

Foto: Rebels Market

Ya, apa salahnya jika satu keluarga keluar menonton wayang bersama-sama (walaupun sudah dewasa). Jangan pula anda ingat bahawa ibu bapa anda tidak sukakan aktiviti ini, jika tidak cuba, tak tahu kan?

Lagipun, selalunya ibu bapa merasa seronok jika anak-anak mengajak mereka keluar bersama, dapatlah merasa ‘darah muda’.

5. Bercuti bersama

Foto: Escapades Insolites

Ramai yang suka melancong kan? Jika ada bajet lebih, apa salahnya bawa sekali ibu bapa atau ahli keluarga lain, mereka pun ingin merasa juga.

Selain itu, percutian bersama ini akan dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan kerana dapat mencipta memori bersama orang tersayang.

6. Buat perancangan bersama

Foto: Real Estate NZ

Contohnya seperti ingin merancang percutian, kerja rumah ataupun urusan jual beli kereta, apa kata anda cuba bincang dengan ibu bapa ataupun ahli keluarga.

Mungkin ia kedengaran remeh kerana harus berbincang dahulu mengenai perancangan anda, namun begitu apabila berbuat demikian, ia menunjukkan bahawa ahli keluarga anda penting.

7. Wujudnya tradisi keluarga

Foto: ASDA Baby and Toddler Club

Kadang-kadang kita tidak sedar apa yang kita lakukan itu adalah tradisi keluarga, contohnya makan malam setiap minggu, masak bersama-sama, bercuti satu keluarga dan lain-lain.

Wujudkan ia, barulah anda rasa seronok untuk berjumpa ahli keluarga yang lain.

8. Buku skrap dan foto album

Foto: Happiness is Homemade

Tiada apa yang lebih berharga daripada gambar-gambar kenangan anda bersama dengan keluarga.

Jika ada masa terluang, apa kata cuba anda buka kembali foto album dan imbau kembali nostalgia yang ada di gambar itu bersama keluarga.

9. Sertai program sukarelawan/ marathon bersama keluarga

Foto: Landmark at Barker Cypress

Jika anda perasan saban minggu ada sahaja program sukarelawan ataupun marathon, apa kata anda cuba sertainya bersama dengan keluarga?

Di samping dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan, dapat juga anda beriadah dan menyahut cabaran gaya hidup sihat.

10. Belajar skil baru bersama-sama

Foto: Goldstar

Orang kata ‘It’s never too late to learn (tidak pernah terlewat untuk belajar), oleh itu apa kata anda cuba memasuki kelas kemahiran bersama dengan ibu bapa anda, seperti kelas membuat kek, pertukangan, menjahit, bahasa ataupun lakukan aktiviti ekstrem seperti Paintball untuk mendidik anak sikap mandiri dan berani.

Melalui aktiviti ini, ada perkara yang dapat anda bualkan sambil mempelajari perkara baru.

Sumber : Sinar Harian 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Wed, 24 Oct 2018

Si Cengeng Anak Bongsu, Dalam Diam Otaknya Kreatif Dan Pandai Buat Kawan!

Tidak semua anak bongsu itu tidak boleh diharap. Perlu berbalik kepada didikan keluarga!

familuv Mon, 16 Mar 2020
familuv Thu, 19 Jan 2023

Anak Arwah Siti Sarah Manja Tidur Bersama Raissuddin Hamzah, Netizen Kata Uwais Dah Faham Erti Kehilangan Gara-Gara…

Anak kepada penyanyi terkenal, Allahyarhamah Siti Sarah iaitu Uwais Al-Qarni meraih perhatian ramai kerana gelagat manja bersama datuknya, Raissuddin Hamzah. @suciuwais Uwais buat atok tak tido malam macam ni. Anxiety terus atoknya ☺️ #uwaisalqarni #atok […]

familuv Thu, 26 Jul 2018

Kerana Pakai Kasut Berlampu LED, Kaki Kanak-Kanak Ini Terkena Lecur Kimia!

Seorang kanak-kanak di Amerika dah terkena padahnya!

familuv Wed, 16 May 2018

Kalau Nak Anak Lebih Bijak, Lakukan 11 Aktiviti Pembelajaran Ini. Pasti Berkesan!

Kalau nak anak anda bijak, boleh cuba lakukan 11 aktiviti ini.

familuv Mon, 7 Jan 2019

7 petunjuk si manja anda sudah bersedia untuk makanan pertama

Ibu bapa patut memperkenalkan bayi kepada makanan pejal selepas enam bulan pertama.

familuv Mon, 24 Feb 2020
familuv Sat, 17 Dec 2022

Netizen Sebak Lihat Hubungan Akrab Puteri Balqis & Ibu – “Mereka Harungi Liku Kehidupan Bersama…”

Tular perkongsian yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok yang menunjukkan keakraban dan kemesraan pelakon Puteri Balqis dan ibu, Norashikin Mohd Aziz, baru-baru ini. Menerusi hantaran tersebut, Norashikin sentiasa menemaninya dan turut berada di sisi […]

familuv Mon, 4 Mar 2019

Selamatkah produk pelindung matahari untuk bayi?

Ibu ini beri amaran kepada ibu bapa lain supaya berhati-hati.

familuv Tue, 29 May 2018

Tingkatkan Kecerdasan Anak Anda Dengan 5 Senaman Mudah Dan Menyeronokkan Ini

Kalau orang dulu, keseronokan mereka bermain bertemankan hujan, lumpur dan pasir, generasi digital pula kehidupan mereka tertumpu pada televisyen, telefon pintar dan tablet.