Categories: familuv

Ketahui Perubahan Pola Waktu Tidur Anak Yang Betul

Kehadiran cahaya mata pastinya akan mewarnai kehidupan anda menjadi lebih sempurna. Namun, kehadiran mereka akan mengajar tentang banyak perkara. Dari segi pemakanan, penjagaan mahupun perihal kesihatan mereka. Semua perkara tersebut perlu anda ambil titik beratkan!

Begitu juga soal pola waktu tidur anak, anda juga perlu tahu bahawa ianya akan berubah mengikut umur mereka. Ini kerana, pola tidur akan mempengaruhi tumbesaran si manja anda. Jom kita semak jadual dan pola tidur bayi mengikut umur. 

Foto: Kidsport

1. Bayi

  • Bayi yang baharu dilahirkan sehingga 3 bulan memerlukan waktu tidur antara 14 hingga 17 jam sehari.
  • Bayi berusia 4 hingga 11 bulan sebaiknya mendapatkan tidur selama 12 hingga 16 jam sehari.

2. Kanak-kanak

  • Kanak-kanak yang mencapai usia 2 tahun harus memiliki pola tidur yang teratur iaitu antara 11 hingga 14 jam sehari termasuklah tidur siang hari.

3. Pra sekolah

  • Kanak-kanak yang berumur 5 tahun ke atas, waktu tidurnya dedikit berkurang kerana mereka telah melakukan pelbagai aktiviti seperti pergi sekolah, menghadiri tuisyen, bermain dan sebagainya.
  • Mereka seharusnya mendapatkan tidur antara 10 hingga 13 jam sehari termasuk tidur di waktu petang.
  • Anak anda juga perlu mendapatkan waktu tidur yang konsisten agar mereka tetap bertenaga untuk melakukan sebarang aktiviti keesokkannya.

Kesimpulannya, aturlah pola tidur anak anda dengan betul agar mereka membesar dengan penuh bertenaga, sihat dan sentiasa cergas! 

Sumber: TheAsianParentMalaysia

tex_admin