familuv By: Yanie Baharom June 10, 2019 @ 2:00pm

Menang gelaran menantu paling ‘ohsem’, ini caranya pikat hati mentua!

Diam tak diam sudah masuk Raya kelima hari ini. Sudahkah anda berkesempatan meraikan Aidilfitri bersama-sama keluarga masing-masing?

Bagi yang berkeluarga, bagaimana dengan aturan giliran yang ditetapkan adakah berjalan lancar?

Sengaja soalan ini ditanya kerana isu giliran beraya di rumah mentua atau dengan ibu bapa sendiri, sering kali mencetuskan perbalahan dalam kalangan suami isteri. Sesetengah wanita, saban tahun hendak balik beraya dengan orang tuanya saja, masuk raya ketiga barulah berkunjung ke rumah mentua.

Kalau dapat suami jenis menurut perintah atau tunduk dengan isteri, maka banyaklah rasa kecil hati yang ditanggung oleh ibu bapa yang menanti kepulangan anak dengan penuh harapan. Hakikatnya, seorang lelaki perlu mendahulukan ibunya atau setidak-tidaknya berlaku adil dalam mengatur giliran.

Ibu bapa juga mempunyai peranan untuk memahami bahawasanya apabila anak-anak sudah berkahwin, berilah mereka kepercayaan dalam menentukan hidup mereka selagi mereka tidak membelakangkan keluarga.

Bukan untuk membuka aib, tetapi berlaku dalam kalangan penulis sendiri. Sudah berbelas tahun berkahwin rasanya baru dua, tiga kali sambut Raya pertama dengan ibu bapa sendiri walhal dia anak lelaki. Selebihnya setiap tahun asyik beraya sebelah isteri.

Sudahlah duit belanja untuk ibu bapa buat persiapan Hari Raya tidak diberi, dah masuk Hari Raya keempat pun batang hidungnya belum muncul-muncul untuk bermaaf-maafan. Paling sakit mata, bila datang beraya isterinya buat perangai diva.

Mungkin anda juga mempunyai ahli keluarga seperti ini dan sampai satu tahap boleh mengundang amarah terutama apabila ipar atau biras berat punggung, acah-acah sibuk sebab nak mengelat daripada melakukan kerja-kerja dapur.

Sebelum anda dibenci ipar, biras atau mentua sendiri, belajarlah mempraktikkan panduan ini bagi yang belum sempat beraya dengan mentua atau menjadikan ia satu amalan setiap kali berkunjung ke rumah orang tua pasangan anda. Jika ingin keluarga mentua lebih sayang, cubalah jadi menantu yang pandai membawa diri.

Adab beraya di rumah mentua

1. Tolong mentua di dapur

Nampak seperti mudah, tetapi ramai yang tidak mengendahkan. Ramai yang mengelat, tidak kurang juga yang duduk berkurung dalam bilik. Ada juga yang buat-buat sibuk jaga anak walaupun anak mereka sudah besar dan tak perlu penjagaan 24 jam.

Bagi yang tidak begitu mahir di dapur, jangan jadikan ia sebagai alasan. Sebelum memulakan proses memasak, perlu bermula dengan penyediaan bahan-bahan masakan. 

Oleh itu, jika tidak pandai memasak, bantulah ibu mentua, kakak atau adik ipar. Misalnya memotong bawang, mengisar cili, potong ayam atau daging, basuh pinggan, siapkan tempat makan, tolong kacau lauk dan macam-macam lagi boleh dilakukan untuk membantu. 

Percayalah yang banyak mata memerhati setiap gerak-geri anda. Nanti tak pasal-pasal jadi bahan umpatan!

Foto: The Real Ummi

2. Bangun awal dan jadi menantu yang ringan tulang

Walaupun kepenatan seharian mengemas rumah, tolonglah bangun awal wahai menantu sekalian. Jangan jam 10 pagi baru nak bangun.

Sekali-sekala, berkorbanlah sikit. Bila sudah bangkit tidur, jangan lupa kemas tempat tidur. Di kampung, selalunya akan ramai yang tidur di ruang tamu.

Selepas bangun tidur cepat-cepatlah kemas katil atau tilam anda sekeluarga. Jangan sampai menyusahkan mentua kita!

Satu lagi, kalau nampak rumah bersepah tolong kemas sekali, atau ambil tugasan menyapu sampah. Kita balik kampung umpama menumpang rumah orang. Oleh itu, harus ada rasa tanggungjawab untuk meringankan tugas tuan rumah walaupun mereka itu ibu mentua sendiri. Masa inilah, kita dapat berbakti kepada mereka!

Foto: livingloving

3. Suami tolong bantu jaga anak bila isteri sedang sibuk

Wahai suami tercinta, bila isteri sedang membantu mentua atau ipar mereka di dapur, anda boleh membantu dengan menjaga anak. Jangan sibuk dengan urusan lain sehingga mengganggu isteri. Bagi ruang untuk dia menjalankan peranannya.

Kalau anak merengek hendak susu atau tidak selesa lampinnya basah, tolong salinkan lampin pakai buang, basuh kencing dan berak anak, takkan benda mudah pun tak boleh buat sendiri!

4. Bawa keperluan asas sendiri!

Bawa sendiri berus gigi, ubat gigi, sabun, syampu, pencukur dan lain-lain. Anda tidak sepatutnya bergantung pada tuan rumah. Jika satu keluarga mungkin tidak mengapa, tetapi jika yang baliknya lebih daripada tiga keluarga, kasihan mentua mungkin terpaksa membeli keperluan dapur.

Benda yang selalu kita tidak terfikir untuk bawa ialah penyambung plug. Alat ini sangat penting. Maklumkan zaman sekarang ini, anak kecil pun sudah ada telefon bimbit. Sebut pasal telefon, pengecas perlu dibawa sekali. Telefon bimbit tidak bercas, hanya menyusahkan diri anda!

5. Bermesra dengan mentua dan ipar duai

Masa inilah sepatutnya kita memanfaatkan untuk merapatkan silaturrahim. Bukan selalu jumpa pun. Tanyalah khabar, berbual hal-hal yang bermanfaat. Asalkan jangan terlebih-lebih cerita pasal politik. Memang akan menjadi satu perkara yang teramat bosan.

Walaupun satu keluarga sokong satu pihak sahaja, tapi pasti akan penuh dengan kecaman dan lain-lain sedangkan masa itu sepatutnya digunakan untuk cerita pasal keluarga, bukannya ahli politik itu ini.

6. Tengah bercuti, apa kata lupakan soal kerja

Kepada mereka yang menjalankan perniagaan sendiri, tinggalkanlah kerja di rumah. Jangan datang rumah mentua, asyik sibuk dengan kerja. Memanjang bergayut, telefon orang itu, orang ini. Cakap pula kuat-kuat, orang lain pula yang jadi tidak selesa dengan kita.

Foto: blog.ceb.com

7. Berhenti membanding dengan orang lain

Tolong berhenti membanding sesama keluarga. Tidak usah riak bercerita anak yang ini ada ijazah, seorang lagi dah jadi doktor sementara seorang lagi jurutera.

Hari Raya, bukan masanya untuk kita menjadi hidung tinggi, menunjuk-nunjuk dan berlagak. Tidak semua orang mampu, tidak semua orang ditakdirkan berjaya dan tidak semestinya kita perlu menilai orang dari segi tahap pembelajaran, pekerjaan dan duit semata-mata. Hargailah orang di hadapan kita itu sebagai saudara.

8. Walaupun depan ahli keluarga, aurat tetap kena jaga

Aurat sendiri wajib jaga. Wajib bertudung dan pakai baju lengan panjang bagi mengelakkan dilihat oleh bukan mahram kita misalnya bapa atau emak saudara sebelah pasangan.

Tidak perlu salam cium tangan. kerana sepupu bukan mahram, jadi tidak perlu laga-laga pipi. Orang tua yang berlainan jantina pun bukan mahram kecuali mak, bapa saudara atau nenek dan datuk sendiri.

Cara hendak elak mudah saja, senyum dan letakkan tangan di dada anda. Yang penting senyum, supaya orang tahu yang anda menghormati mereka, cuma anda tidak boleh hendak bersalam dengan mereka.

9. Jangan malukan pasangan

Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami-isteri. Perbalahan boleh berlaku di mana-mana, kadangkala salah faham yang berlaku hanya membabitkan perkara kecil saja, tetapi bila hal ini berlaku di rumah mentua, tolong simpan masalah dengan rapi supaya tidak dihidu oleh orang lain.

Jangan ditunjuk depan orang ramai. Jika malam tadi bergaduh dengan suami dalam bilik, jangan keesokan harinya, hempas itu ini depan suami.

Kalau tadinya bergaduh dengan isteri, janganlah marah dan tengking dia di depan ibu bapa atau adik beradik dia. Jagalah air muka pasangan. Mereka pasti berasa malu kalau anda buat begitu.

Bila bersama-sama dengan keluarga lain, amat penting untuk menjaga air muka atau aib keluarga dan pasangan. Jangan sekali-kali buat hal dalam rumah orang. Itu tandanya anda tidak hormat kepada pasangan termasuk keluarganya.

10. Periksa barang dapur mentua

Jangan balik dengan tangan kosong. Bawa sekali barang dapur atau beli di kampung suami. Bila ramai yang pulang ke kampung maka belanja makan juga bertambah. Bayangkan kalau anda tinggal sehingga tiga atau empat hari, sudah berapa banyak wang akan digunakan?

Konsepnya mudah saja. Permudahkan urusan mereka, jangan menyusahkan. Tidak semua orang mampu untuk tanggung makan minum lima keluarga sekali gus. Mentua di kampung bukannya kerja gaji ribu-ribu. Ada yang menoreh lepas sahur lagi. Kita pula tiada perasaan serba salah habiskan duit mereka.

Foto: Gramha

Ok, itu saja perkongsian kami. Mungkin untuk menjadi menantu yang sempurna adalah sesuatu yang mustahil, akan tetapi setidak-tidaknya jadilah menantu yang menyenangkan hati mentua agar hidup sentiasa dalam rahmat dan keberkatan! Amin…

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Tue, 13 Nov 2018
Cahaya Mata Thu, 2 Feb 2023
familuv Wed, 16 Jan 2019

Kalau takut suami tumpas di tangan wanita seberang, amalkan 25 petua ini

 Wanita seberang sentiasa meletakkan suami di tempat teratas. 

Cahaya Mata Fri, 14 Jul 2023
Cahaya Mata Fri, 27 Jan 2023

Cantiknya Khadijah Alkubraa Nama Anak Ketiga Saharul Ridzwan!

Pelakon Saharul Ridzwan menimang anak ketiga pada Sabtu lalu. Berita gembira itu telah dikongsi sendiri oleh Saharul di laman Instagramnya yang memaparkan dia sedang mendukung puteri ketiganya dengan kapsyen yang cukup menyentuh hati. “Subhanallah, Alhamdulillah, […]

familuv Tue, 13 Aug 2019

Jangan biar anak main di sekitar 5 jenis pokok hiasan yang merbahaya ini

Tampak cantik tetapi racunnya boleh membawa maut!

familuv Wed, 16 May 2018

Kalau Nak Anak Lebih Bijak, Lakukan 11 Aktiviti Pembelajaran Ini. Pasti Berkesan!

Kalau nak anak anda bijak, boleh cuba lakukan 11 aktiviti ini.

familuv Fri, 3 Aug 2018
familuv Thu, 26 Jan 2023

[VIDEO] Buat Trend TikTok Bersama, Reaksi Datin Nur Shahida Terhadap Qadejah Curi Tumpuan – “Mak Dia Pun Confuse”

Semakin menginjak remaja, anak kepada usahawan Datuk Seri Aliff Syukri, Qadejah Elzahra sering mencuri tumpuan ramai lebih-lebih lagi apabila dia sudah mempunyai akaun TikTok sendiri. Baru-baru ini, tular sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh Qadejah […]

familuv Thu, 6 Dec 2018

10 Perkara Yang Orang Lain Mungkin Tak Beritahu Anda Tentang Melahirkan Anak

Ia mungkin menakutkan atau menggelikan, tapi inilah hakikatnya!