Categories: familuv

Perkara Yang Perlu Anda Lakukan Apabila Anak Mengalami Cirit Birit

Bila anak pandai makan macam-macam jenis makanan, mereka mungkin akan berisiko untuk mengalami masalah sembelit mahupun cirit birit. 

Masalah cirit birit tidak semestinya menyerang orang dewasa saja, malah kanak-kanak juga tidak akan terlepas daripada masalah ini. Seseorang yang mengalami cirit birit boleh menyebabkan keletihan yang melampau dan dehidrasi. 

Ia memang mengganggu tahap kesihatan kita apatah lagi jika berlaku kepada anak kita, pasti mereka terseksa. Sebagai ibu bapa, anda perlu ambil perhatian apabila anak anda mengalami masalah cirit birit ini. Jom semak perkara penting yang perlu anda tahu sekiranya anak mengalami cirit birit.

Antara punca masalah cirit birit berlaku

Foto: Motherhood parenting and Motherhood advice

1. Jangkitan perut atau usus (gastroenteritis) dari parasit, bakteria atau virus.

2. Keresahan.

3. Alergi makanan.

4. Sindrom keradangan di bahagaian usus. (Clon’s dan Ulcerative colitis)

Simpton cirit birit

Foto: i-Hiqmah

1. Lebih dari 6 kali membuang air besar dalam tempoh 24 jam.

2. Najis berair.

3. Sakit perut yang teruk.

4. Najis melekit dan ada bau pelik.

5. Lebih dari 3 kali muntah dalam tempoh 24 jam

6. Cirit-birit tidak serius tapi berlanjutan lebih 5 hari

7. Demam.

8. Tanda-tanda dehidrasi.

Apa yang perlu anda lakukan jika anak cirit birit?

Menurut perkongsian oleh Dr. Ezairy M.Sallih di laman Facebooknya, antara perkara yang perlu anda lakukan apabila anak mengalami cirit birit adalah:

1. Pastikan anak mendapat air yang secukupnya dan tidak mengalami dehidrasi.

2. Perhatikan keadaan anak. Apabila anak kerap muntah secara berulang-ulang, jangan biarkan saja.

3. Selalu perhatikan lampin pakai buang anak. Anda perlu kerap menukar lampin sekiranya anak kerap membuang air besar ataupun kecil. Jika tidak, anak akan mengalami masalah lain seperti ruam pada kawasan najis.

4. Bagi bayi yang menyusu badan (fully breastfeeding), teruskan pemberian susu badan seperti biasa. Jangan sesekali dihentikan.

5. Jangan terus beli ubat di kedai atau farmasi tanpa pemeriksaan doktor.

6. Bawa anak anda ke klinik atau hospital sekiranya masalah cirit birit berterusan dan disertai dengan masalah lain seperti sakit perut, muntah dan demam.

Kesimpulannya, kalau anak anda nampak tidak bertenaga ketika mengalami masalah cirit birit, segeralah berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan. Jangan tunggu dah melarat baru nak bawa, kasihan anak anda nanti terpaksa tahan sakit! 

Semoga bermanfaat!

Sumber: TheAsiaparent, Facebook, Majalah Pama

tex_admin