Categories: FeaturedSihat

Terjatuh Di Dalam Bilik Mandi Akibat Diserang Strok, Apa Punca Sebenarnya

Terjatuh di dalam bilik mandi akibat diserang strok, kejadian atau senario ini yang biasa kita dengar. Kenapa bilik mandi bukan terjatuh di tempat lain?

Dalam satu ceramah kesihatan yang diadakan di Universiti Teknologi MARA (UiTM), kejadian ini mempunyai kaitan dengan cara seseorang itu mandi.

 

Foto: sinar.my

Lazimnya kita memulakan rutin ini dengan membasahkan kepala terlebih dahulu diikuti bahagian badan menyebabkan suhu di kepala menjadi sejuk lantas menarik pengaliran darah naik ke kepala untuk memanaskan bahagian itu.

Pengaliran darah secara mendadak menyebabkan saluran darah menjadi sempit dan inilah yang mendorong saluran darah pecah. Maka tidak hairanlah mengapa kejadian ini banyak berlaku di mandi.

Foto: sinar.my

Justeru Hijab & Heels ingin berkongsi tips dan cara mandi yang betul sekaligus dapat mengelakkan risiko diserang strok di dalam bilik mandi.

Cara mandi yang betul

1. Bermula dari segayung siramkan di telapak kaki.

2. Segayung di betis.

3. Segayung di paha.

4. Segayung di perut.

5. Segayung di bahu.

6. Berhentilah sejenak 5-10 saat dan teruskan mandi seperti biasa.

Cara mandi ini baik bagi semua peringkat umur terutama yang mempunyai sakit diabetes, darah tinggi, kolesterol dan migrain.

Yanie Baharom