Categories: Featured

3 Jutawan Jelita Malaysia Yang Sukses Dalam Bidang Fesyen & Kecantikan

Sempena sambutan Hari Wanita Sedunia yang diraikan setiap 8 Mac, Hijab & Heels menampilkan tiga jelitawan yang bergelar jutawan di Malaysia serta sukses dalam bidang fesyen dan kecantikan.

Check this out!

Datuk Seri Siti Nurhaliza

Selain menempa kejayaan dalam bidang nyanyian, penyanyi tersohor negara ini juga turut sukses dalam bidang fesyen dan kecantikan. Selain bergelar duta kepada pelbagai produk, pelantun lagu Cindai ini juga mempunyai produk kosmetik, SimplySiti serta jenama pakaian, Creacion by Siti Nurhaliza. Wanita berusia 39 tahun ini juga pernah tersenarai sebagai wanita paling kaya di Malaysia dengan aset kekayaan bernilai RM50 juta. Wow!

Neelofa

Selain terkenal dengan dunia lakonan dan pengacaraan, pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor ini juga merupakan antara selebriti Malaysia yang mempunyai empayar perniagaan yang berjaya. Merupakan pengasas dan pengarah NH Prima International Sdn Bhd, wanita berusia 29 tahun ini memiliki beberapa rangkaian perniagaan yang melibatkan fesyen dan produk kecantikan termasuklah Naelofar Hijab.

Selain pernah meraih jualan tudung berjumlah RM1.3 juta dalam masa 3 minit, Naelofar Hijab juga pernah mencipta penjualan tudung sebanyak RM50 juta pada tahun 2015. Anak jati kelahiran negeri Cik Siti Wan Kembang ini juga pernah tersenarai sebagai Wanita Terkaya Asia Tenggara Bawah 30 Tahun oleh majalah Forbes. Hebat kan!

Datin Vivy Yusof

Pemilik nama Vivy Sofinas binti Yusof ini merupakan Pengarah Urusan FashionValet.com dan The dUCk Group. Fashion Valet yang merupakan rangkaian fesyen dalam talian menampilkan lebih 400 jenama seluruh Asia dan memasarkan pakaian hingga ke Indonesia, United Kingdom, Brunei dan Australia.

Manakala jenama tudung dUCk pernah mencipta fenomena apabila koleksi tudung bertatahkan 200 kristal Swaronski berharga RM800 pernah sold out dalam masa 5 minit sahaja!

Wanita jurusan Ijazah Undang-Undang, School of Economic, United Kingdom ini juga dilihat sebagai ikon fesyen dan perniagaan E-Commerce berjaya di Malaysia serta turut pernah tersenarai dalam Forbes 30 Under 30 Asia 2017.

Semoga kejayaan dan kekayaan ketiga-tiga jelitawan ini dapat memberi inspirasi kepada wanita di luar sana untuk berjaya dalam bidang yang diceburi.

Ad Ops