Categories: Featured

Eh Kenapa Logo Mcdonald’s Di California Ini Terbalik? Kena Prank Ke?

Sesiapa yang memandu lalu restoran McDonald’s di Lynwood, California hari ini mesti terkejut bila nampak lambang terkenal franchise itu terbalik. 

Dari bentuk M terus jadi W! Ada orang main prank ke? Ataupun ia tersilap pasang?

https://twitter.com/Fatone250

Sebenarnya logo yang digelar sebagai Golden Arches itu memang sengaja diterbalikkan atas sebab penting.

Ia adalah untuk meraikan semua wanita di dunia sempena Hari Wanita Sedunia yang jatuh pada hari ini. Wow, I’m lovin’ it!

“Untuk pertama kalinya dalam sejarah jenama kami, kami terbalikkan logo ikonik kami untuk menghormati pencapaian luar biasa oleh golongan wanita di mana-mana, terutama sekali di dalam syarikat kami,” kata salah seorang pegawai McDonald’s, Wendy Lewis.

“Kaum wanita memainkan peranan penting dalam semua tahap di McDonald’s. Tak kiralah samada dia krew restoran ataupun pengurus. Kami memang pentingkan and hargai kejayaan mereka.”

McDonald’s Amerika katanya akan mempamerkan Golden Arches terbalik ini melalui semua saluran digitalnya seperti Twitter dan Instagram sepanjang hari ini, tapi waktu Amerikalah, ye.

Sementara itu, 100 cawangan McDonald’s akan mengedarkan makanannya dalam bungkusan khas, dan krewnya akan memakai uniform yang direka khas untuk hari istimewa ini.

Hmm… tak pasti pulak samada McDonald’s Malaysia akan join celebration ini di sini pula. 

Sumber: www.businessinsider.my

Ad Ops